loading...

8 Pekerjaan Yang Tak Mungkin Diambil Alih Oleh Robot

robotsoldier

Dengan teknologi yang semakin canggih saban hari, tak mustahil bahawa satu hari nanti kerja-kerja yang dilakukan oleh manusia pada hari ini, akan digantikan oleh robot atau lebih tepat, Artificial Intelligence (AI)

Antara pekerjaan-pekerjaan yang sangat berisiko dalam hal ini termasuklah penyambut tetamu, perkhidmatan curier dan banyak lagi. Malah, di gudang milik Amazon.com, segala kerja menyusun produk dilakukan oleh robot.

Namun, secanggih mana pun sesuatu teknologi, ia tak akan pernah dapat menggantikan manusia 100%. iluminasi.com kongsikan antara 8 pekerjaan yang tak akan mampu diambil alih oleh robot.

8. Ahli psikologi

ahli psikologi 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Salah satu perkara yang tak dimiliki oleh AI adalah menunjukkan rasa empati, iaitu keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Dan disebabkan AI bukan manusia, amat sukar baginya untuk memahami perasaan manusia, apatah lagi member nasihat.bagaimana

Sebagai contoh, Chatbot tidak melepasi Ujian Turing, satu ujian keupayaan mesin untuk mempamerkan tingkah laku pintar yang bersamaan dengan manusia. Ini membuktikan bahawa AI tak dapat berkomunikasi seperti mana manusia berkomunikasi.

Alexa dan Siri juga tak mampu memahami sesetengah daripada pencarian yang dilakukan. Jadi, adakah anda mahu sistem-sistem ini untuk memberikan nasihat kepada manusia? Mustahil.

7. Doktor 

doktor 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Tak dinafikan bahawa AI telah menembusi masuk ke bidang perubatan. Mungkin satu hari nanti, kita boleh mendiagnosis penyakit hanya dengan mengambil gambar menggunakan telefon pintar. AI akan memproses pangkalan data gambar dan membandingkan jika gambar anda mempunyai persamaan dengan gambar lain. Dengan serta merta anda boleh tahu apa penyakit yang anda hidapi.

Malah, kini sudah terdapat program yang wujud bagi memeriksa barah kulit, dan juga mesin memeriksa penyakit diabetis mata. Degupan jantung yang tidak teratur juga boleh diperiksa menggunakan jam khas, dan tahun demi tahun, semakin banyak masalah kesihatan boleh didiagnos dari rumah sahaja.

doktor 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai 2

Manusia masih memerlukan komunikasi antara manusia mengenai kesihatan dan badan mereka kerana rasa tanggungjawab wujud jika berlaku apa-apa kesilapan. Juga, dalam bilik pembedahan, jika berlaku apa-apa kesilapan, anda perlukan pakar bedah yang boleh mengendalikannya secara spontan, bukannya sistem komputer yang hanya tahu melakukan perkara yang diprogramkan sahaja.

6. Ahli muzik

ahli muzik 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai Vocaloid voicebank developed by Crypton Future Media, 

Dalam bidang muzik, AI kini sudah mampu menghasilkan pelbagai jenis muzik yang sangat menarik. Di Jepun, syarikat Cypton Future Media telah menghasilkan muzik menggunakan alat yang dicipta oleh Yamaha iaitu Vocaloid 2, Vocaloid 3 dan Vocaloid 4 dalam menghasilkan muzik.

Sambutan yang diterima sangatlah hantar sehinggakan tiket konsertnya habis dijual. Jika ini berterusan, mungkin satu hari nanti Anugerah Juara Lagu akan disertai oleh beberapa robot,kan?

hatsune miku 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Namun, kita harus mengakui bahawa seni adalah sesuatu perkara yang unik kerana ia dihasilkan melalui naluri manusia. Jika hanya sesetengah manusia sahaja yang mempunyai bakat untuk menghasilkan muzik, bagaimana pula untuk mencipta robot yang mempunyai kemahiran ini?

Penulis tak rasa robot mampu menulis lagu seperti "Jampi" dan "Aku Cinta". 

5. Pegawai polis

pegawai polis 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Anda mungkin pernah melihat robot pengawal keselamatan yang dikeluarkan oleh Knighscope yang ditugaskan mengawal pasaraya. Namun keberkesan robot-robot ini diragui. Menurut pencipta robot ini. orang ramai akan berkelakuan lebih baik kerana diperhatikan oleh robot-robot ini.

Namun, ia dilihatkan sebagai sesuatu yang tidak efektif dan ramai yang mempercayai "Robocop" seperti ini tidak akan berkesan. Realitinya, manusia sememangnya tak akan boleh menghormati dan ditangkap oleh robot.

Di Universiti Jiao Tong Shanghai, satu program telah dicipta yang menggunakan pengesan muka untk menentukan sama ada seseorang itu penjenayah atau tidak. 

pegawai polis 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai 2

Mereka menggunakan ciri-ciri muka seperti parut, ekspersi wajah dan lengkungan bibir. Program ini menerima kritikan yang sangat teruk mengatakan ia langsung tak masuk akal kerana hanya disebabkan seseorang itu mempunyai parut, tak semestinya mereka adalah penjenayah.

Lagipun, melihatkan dari segi fizikal, anggota polis haruslah tangkas dan berkeupayaan untuk menangkap pesalah, yang mana robot tidak mempunyai ciri-ciri ini.

4. Hakim

hakim 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Setiap hari, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mendapat begitu banyak aduan disebabkan kes-kes tertunggak. Ia adalah tidak mungkin untuk membicarakan semua kes di mahkamah secara serentak.

Jadi, pada tahun 2015, University College London menghasilkan satu algoritma yang dapat meramalkan keputusan kes dengan ketepatan 79%, yang membantu mereka mengurangkan waktu bekerja manusia dalam menyusun kertas kerja dan membicarakan kes-kes.

Namun, sama seperti doktor, ia tak bermakna robot boleh menggantikan seorang hakim. Dalam tugasan sebagai hakim, rasa empati yang ada pada manusia berfungsi sebagai peranan penting dalam menentukan keputusan sesuatu kes.

Sebagai contoh, seorang ibu miskin yang mencuri sebuku roti pastinya dikenakan hukum lebih ringan daripada perompak bank. Tanpa ketepatan 100%, seseorang itu berkemungkinan dijatuhkan hukuman penjara, walaupun sebenarnya mereka tidak bersalah.

3. Cikgu seni

cikgu seni 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Seperti ahli muzik, cikgu seni juga merupakan profesion yang memerlukan bakat semulajadi dan kebolehan naluri manusia. Walaupun ramai yang tidak meminati subjek seni, namun kita tak mahukan profesion ini jatuh ke tangan robot.

Robot tak akan pernah dapat menggantikan tempat guru seni kerana tangan-tangan robot hanya mempunyai kebolehan artistik sama dengan kanak-kanak berusia 4 tahun.

2. Atlet profesional

atlet profesional 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Olimpik Musim Sejuk 2018 telah menampilkan pertandingan robot ski pertama di dunia. Adakah ini merupakan berita buruk bagi atlet manusia di seluruh dunia di mana satu hari nanti hanya robot akan bertanding dalam sukan Olimpik?

Tidak sama sekali. Dalam acara sukan itu, pemilik robot-robot mini ini harus mengejar mereka apabila robot-robot ini melanggar bendera dan terbalik ketika menuruni bukit yang kecil. 

Memandangkan kos yang sangat tinggi untuk menghasilkan sebuah robot, adalah selamat untuk mengatakan bahawa penghasil robot-robot ini tak akan menghabiskan berjuta-juta ringgit hanya untuk tujuan ini dan atlet robot tak mungkin akan dapat menggantikan atlet manusia.

1. Ugamawan

ustaz 8 pekerjaan yang tak akan diambil alih oleh ai

Ugamawan adalah satu profesion yang terjamin tak akan digantikan oleh robot. Robot hanya berfungsi menggunakan data dan fakta, dan "makhluk" ini langsung tidak mempunyai kepercayaan. Memang anda boleh memasukkan segala ayat Quran, hadis dan dalil-dalil ke dalam sistem komputer seperti yang ada sekarang, namun ia tak akan pernah sama dengan seorang ustaz.

Cuba bayangkan anda diajar mengaji oleh robot, atau mendengar ceramah yang disampaikan robot. Agak pelik kan? Tidak ada konsep talaqqi di situ. Lagipun, untuk menjadi pengamal agama apatah lagi orang yang mengajar agama, haruslah seorang manusia. 

Ia sama bagi paderi, sami atau pangkat-pangkat yang sama bagi mana-mana agama. Dalam satu kajian dilakukan oleh The Future of Employment, mereka mendakwa bahawa kurang daripada 1% kebarangkalian bahawa profesion ini akan digantikan oleh robot di masa depan.

Previous
Next Post »
loading...