Pada Khamis lepas, heboh media sosial di Indonesia hingga melarat ke Malaysia apabila pasangan muda Syamsuddin 15 tahun dan Fitra Ayu 14 tahun telah menghadiri kelas bimbingan perkahwinan.
Pasangan kanak-kanak bawah umur yang berasal dari Bantaeng, Sulawesi Selatan ini mendakwa terpaksa mahu berkahwin awal kerana Fitra Ayu sering ketakutan tidur berseorangan pada waktu malam, semenjak ibunya meninggal dunia. Ayahnya pula sering keluar daerah atas urusan perniagaan.
Kalau ada Syamsuddin di sisi tentu lebih rasa selamat dan terhindar dari gangguan tidak diingini. 😀
Sebelum ini, Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng menolak pernikahan mereka atas sebab usia. Walaupun demikian, pernikahan mereka dibenarkan selepas rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng.
Gambar atas: Penampilan Syamsuddin terserlah bagaikan seorang suami meski baru 15 tahun.
Sudah tentu khabar ini menjadi berita gembira mereka lebih-lebih lagi buat Fitra Ayu yang sedang hamil.
TETAPI pernikahan yang sepatutnya dijalankan hari ini terpaksa ditangguhkan kerana dokumen kebenaran nikah belum ditandatangani oleh pegawai daerah setempat.
“Sepatutnya kami bernikah hari ini tetapi ditangguhkan kerana masih ada dokumen yang belum lengkap,” ujar Syamsuddin.
Maka hasrat pasangan kanak-kanak ini mendirikan rumahtangga tertangguh lagi gara-gara masalah dokumen.