Kredit foto: thenutgraph.com & Instagram Gabrielle Robinson
Aktor dan penerbit, Datuk Hans Isaac akui melalui proses sukar ketika mula-mula memutuskan pertunangan kira-kira enam bulan lalu.
“Tiga ke empat bulan pertama selepas saya membatalkan perkahwinan saya, memang saya akui sangat sedih. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran saya,” katanya menurut portal Harian Metro.
Meskipun hubungannya dengan Gabrielle Robinson sudah lama berakhir, Hans akui perasaan hormatnya terhadap keluarga wanita terbabit tidak pernah luntur.
“Saya hormat keluarganya namun saya tidak mahu ada sebarang kaitan dengan wanita itu lagi,” katanya.
Menurut Hans, keputusan membatalkan perkahwinan itu dibuat olehnya sendiri tanpa bertanyakan pendapat Gabrielle.
Ini kerana, katanya, ada tindakan bekas tunangnya itu yang
Kredit foto: thesundaily.my
“Saya tak boleh menyekat dia melakukan apa dia mahu dan tidak boleh terlalu memaksanya.
“Saya tidak boleh terima apa pernah dilakukannya dan saya pasti, tidak ada satu lelaki pun boleh menerima apa pernah dilakukannya,” katanya.
Mengulas mengenai keterbukaannya menerima wanita lain dalam hidup, Hans mengambil pendirian untuk tidak terburu-buru.
Terdahulu, pelakon filem Buli ini bertunang dengan Gabrielle pada 29 Januari 2017 dan dijadualkan mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.
Begitupun, perkahwinan mereka ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Namun, pada 30 Oktober, Hans mengumumkan pembatalan perkahwinannya di mana ketika itu Gabrielle sedang berada di China.

Teknologi Perubatan Baharu Ini Kenal Pasti Bakteri ...

Abang Bersuara, Dedah Mendiang Sulli Dipaksa Rakam ...

Kes Warga Emas Dirempuh Ketika Berteduh Bawah Jeja ...

Budak 12 Tahun Hancur Tangan Kiri Akibat Letupan M ...