Golongan introvert sememangnya terkenal dengan perwatakan yang agak menyendiri dan sukakan ketenangan. Golongan ini tidak menggemari suasana bising dan kesesakan orang ramai yang membuatkan mereka menjadi tertekan.
Dan apabila mereka ingin berehat dan bercuti, lokasi-lokasi yang dipilih biasanya jauh dari kesesakan bandar dan mempunyai ciri-ciri aman damai membuatkan mereka berasa begitu bahagia.
iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca terutamanya individu introvert mengenai 8 lokasi yang wajib dilawati oleh golongan introvert sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
1. Camino de Santiago, Spain
Laluan jalan bertingkat ini terbentang luas kira-kira 500 batu di seluruh Utara Sepanyol. Di sini, anda boleh berjalan untuk beberapa hari, menghabiskan segala-galanya dalam masa 5 minggu, atau mengambil masa beberapa bulan bagi meneroka beberapa landskap luar bandar yang sangat menakjubkan di negara ini.
Anda juga akan bertemu dengan golongan-golongan penyendiri seperti anda dan boleh berborak jika anda mahu, atau anda boleh menggunakan masa sendiri menikmati keindahan di sini.
2. Flamands Beach, St. Barts
Sebagai salah satu pantai yang paling cantik di Caribbean, Pantai Flamands yang berair biru kehijauan ini adalah lokasi paling sempurna untuk menghabiskan masa beberapa hari bersendirian.
Para pengunjung bersetuju bahawa pantainya yang panjang dan rata menjadikan Flaman sangat sesuai untuk berjalan-jalan, serta terdapat hotel yang sangat menarik untuk makan tengahari atau penginapan mewah.
3. Glastonbury, England
Glastonbury adalah sebuah bandar di barat daya England yang terkenal dengan tapak purba dan zaman pertengahan. Perayaan muzik di daerah Glastonbury ini bunyinya seperti mimpi buruk bagi golongan introvert, jadi jangan datang ke sini pada bulan Jun.
Namun, pada bulan-bulan lain, bandar ini mempunyai sejarah tersendiri iaitu menjadi lokasi kepada salah satu lawatan introvert pertama di dunia.
Di sini mereka yang tidak sukakan tempat yang sesak dengan orang ramai diberikan masa untuk mengisi masa dengan bersiar-siar dan menjelajah di kawasan desa yang sangat menawan dan menakjubkan ini.
4. Finland
Tahukah anda, rakyat Finland terkenal dengan sikap introvert. Jadi, jika anda berpeluang melawat ke negara ini, anda boleh bersiar-siar di taman, muzium dan monumen di Helsinki tanpa perlu risau orang menegur anda.
Best kan?
5. Pantai Oregon, Amerika Syarikat
Terdapat sebab mengapa Pantai Oregon berada dalam senarai wajib golongan introvert berulang kali. Ia adalah disebabkan pantai-pantainya yang sangat mempesonakan dan terpencil, dengan pemandangan matahari terbenan dan laluan-laluan yang memberikan ketenangan kepada golongan ini.
6. Iceland
Bagi taman permainan semulajadi ini pula, ia sangat sesuai untuk pelancong solo kerana agak mudah untuk sampai dan menikmati keindahan di sini kerana reputasi keselamatannya yang sangat baik.
Pengembaraan luar Iceland, dari "lampu utara Aurora" sehinggalah ke air terjun, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berseronok dengan rakan-rakan baru atau bersantai bersendirian.
7. Tulum, Mexico
Walaupun pantai-pantai di Tulum sudah diketahui ramai akan kecantikannya membuatkan ia dikunjungi ramai, namun entah bagaimana sebahagian kecil daripada pantai Caribbean masih terjaga daripada kesesakan manusia.
Di sini pelbagai aktiviti menenangkan boleh dilakukan seperti yoga, spa, kem meluncur dan berehat di persekitaran hutan yang tenang menghabiskan masa bersendirian yang amat disukai golongan introvert.
8. Chiang Mai, Thailand
Wilayah terpencil di Asia Tenggara ini menjadi tumpuan pelancong asing, namun tidaklah terlalu ramai seterusnya memberikan pilihan kepada individu introvert untuk melibatkan diri dalam perbualan yang berkualiti, atau cuba untuk bermeditasi bersendirian.
Pilihan yang mana pun dipilih, Thailand mempunyai intipati kontemplasi yang sangat akan memberikan pengalaman tak dapat dilupakan kepada individu introvert.