loading...

Bayangkan Apa Berlaku Jika Bumi Disedut Masuk Ke Dalam Black Hole

Pernah tak anda terfikir akan kehadiran black hole berhampiran sistem solar kita? Apa rasanya yang akan terjadi? Bayangkan pula sekiranya ia berada sangat hampir, bersebelahan bumi? Adakah manusia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, ataupun sebaliknya? Teruskan membaca untuk memahami lebih lagi tentang black hole dan kesannya jika bumi disedut. 

Apa Itu Lubang Hitam atau Black Hole

apa itu lubang hitam black hole

Anda pasti pernah menggunakan pencuci vakuum bukan? Ketika menggunakan alat ini, anda dapat perhatikan segala kekotoran mula bergerak masuk ke dalam lohong vakuum. Lubang hitam atau black hole juga sama seakan pencuci vakuum, menyedut segala serpihan yang ada di angkasa lepas. 

Secara saintifiknya, black hole adalah suatu ruangan kawasan yang tiada apapun boleh melarikan diri daripadanya, termasuklah cahaya. Dalam bahaya mudah, black hole mempunyai graviti yang sangat kuat dan menyedut apa-apa sahaja yang berada berhampirannya. 

Ianya dipanggil 'black' bukan kerana warnanya hitam atau gelap, sebaliknya ia mendapat nama tersebut kerana kemampuan black hole untuk menyedut segala sinaran cahaya berdekatan tanpa sebarang pantulan.

Bagaimana Lubang Hitam atau Black Hole Terbentuk?

Apabila sebuah bintang besar sudah kehilangan bahan bakar, ia tidak lagi mampu menyokong berat badannya sendiri. Tekanan daripada lapisan besar di sekeliling bintang tersebut yang terdiri daripada gas hidrogen akan memaksanya mengecil ke arah pusat bintang. Akhirnya, saiz bintang tersebut akan menjadi lebih kecil daripada sebuah atom. Cuba bayangkan bagaimana sebuah bintang yang sangat besar boleh dimampatkan kepada saiz sebesar atom. Proses pengecilan berupaya menyebabkan graviti bintang menjadi semakin kuat daripada sebelumnya.

Kesan Spagetifikasi Oleh Black Hole

kesan spaghettifikasi oleh black hole

Secara ringkasnya, sekiranya manusia berada terlalu hampir dengan black hole, badan kita ini akan diregangkan menjadi seperti spageti. Ya, betul inilah antara kesannya. Keadaan ini berlaku disebabkan kecerunan graviti merentasi badan manusia.

Bayangkan kaki anda yang terserap dahulu ke dalam sebuah black hole. Memandangkan kaki anda secara fizikalnya lebih dekat kepada black hole, bahagian tersebut akan merasakan tarikan graviti yang lebih kuat berbanding kepala anda. Ini akan menyebabkan sebahagian badan ditarik masuk terlebih dahulu. Akibatnya, bukan sahaja keseluruhan badan anda memanjang, malah semakin nipis kerana kesan tekanan daripada tengah. 

Berita Buruk Buat Bumi

bayangkan sekiranya bumi disedut masuk ke dalam black hole

Apakah yang akan berlaku, secara hipotesisnya, jika sebuah black hole tiba-tiba muncul bersebelahan bumi? Kesan graviti yang sama akan berlaku di mana impak spaghettifikasi akan jelas kelihatan. Bahagian bumi yang paling hampir dengan black hole akan merasakan daya tarikan yang lebih kuat berbanding bahagian yang jauh. Sekiranya ini berlaku, makan nasih keseluruhan planet akan binasa. Kita akan dicarik-carik oleh black hole

Sekiranya saiz black hole adalah sangat besar, kita mungkin tidak akan langsung perasan yang kita sedang ditelan oleh objek ini. 

Bayangkan Kehidupan Di Sebalik Black Hole

Bagi mereka yang pernah menonton filem Christopher Nolan iaitu Interstellar, prospek untuk sebuah planet berputar mengelilingi black hole adalah sangat menarik. Untuk meneruskan kehidupan, suatu sumber tenaga atau perbezaan suhu adalah suatu keperluan, dan black hole boleh menjadi sumbernya. Namun, ianya adalah bersyarat. Black hole perlu berhenti 'memakan' segala yang ada di sekelilingnya, atau mengeluarkan terlalu banyak radiasi agar kehidupan di dunia berhampiran boleh diteruskan. 

Bagaimana kehidupan dunia seperti itu akan kelihatan (abaikan kesan spagettifikasi) adalah suatu isu lain. Jumlah tenaga yang diterima oleh planet itu sudah pasti adalah sangat besar berbanding yang diterima bumi daripada matahari. Persekitaran keseluruhan juga pasti sangat aneh. 

Kesimpulan

Black hole adalah suatu ciptaan Tuhan dan pasti ianya bermanfaat. Kita sebagai manusia mempunyai pengetahuan yang cetek untuk memahami apakah kebaikan di sebalik black hole kepada ekosistem alam semesta. Pasti tanpa black hole, bumi juga akan binasa. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. kidsastronomy.com
  2. huffingtonpost.com
  3. theconversation.com
Previous
Next Post »
loading...