loading...

Kelibat Serigala Jadian Terakam?

Boleh dikatakan setiap budaya tradisional masyarakat seluruh dunia mempunyai kepercayaan mistik termasuk makhluk jadian. Malah kepercayaan ini masih ada yang diwarisi sehingga zaman sekarang.

Baru-baru ini heboh di media sosial Argentina apabila seekor makhluk ganjil seperti serigala jadian telah terakam.

Makhluk ganjil itu dikatakan telah membunuh dua ekor anjing jenis shepherd dan pit bull di jalanan Santa Fe, Argentina.

Sosok makhluk yang pelik dan menakutkan ini menjadi bahan perbincangan dalam media sosial. Ada yang mengaitkannya dengan unta kerana berleher panjang. Ada pula yang mengatakan ia makhluk purba legenda Chupacabra yang terkenal ganas penghisap darah.

Sementara itu seorang pengguna media sosial mendakwa pernah terserempak dengan lembaga serupa pada tahun 2005.

“Saya pernah melihatnya pada tahun 2005. Ia melintasi jambatan dan memandang ke arah kami sebelum berpusing lalu melompat tembok jambatan seperti kangaroo sejauh 15 hingga 20 kaki,” dakwa pengguna media sosial tersebut.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada rakaman gambar itu adalah tulen atau diedit. Berdasarkan gambar di atas, apa pula pendapat anda? Adakah ia tulen atau palsu?

Previous
Next Post »
loading...