Disebabkan jadual padat sama ada di tempat kerja atau di rumah, untuk meluangkan masa bersenam atau pergi ke gimnasium bukanlah sesuatu yang mudah malah dianggap sebagai sesuatu yang mustahil bagi sesetengah orang.
Dan jika anda tergolong dalam kumpulan ini yang sentiasa sibuk dan tak mempunyai masa untuk bersenam, kini anda tak perlu risau lagi. Satu ciptaan yang sangat menakjubkan telah dihasilkan untuk anda bersenam dan dalam masa yang sama membasuh pakaian anda.
Ciptaan ini adalah hasil buah fikiran seorang lelaki warganegara Filipina yang bernama Dandy Abdulmalik Vicentino, yang tinggal di Bandar Davao di Mindanao. Ciptaan ini menggunakan sistem mekanikal asas yang sangat ringkas, dengan menggabungkan basikal dan mesin basuh.
Dalam video yang dimuat naik di laman Youtube, Dandy menerangkan penggunaan bahan dalam ciptaannya. Menurut video tersebut, beliau mengitar semula basikal senaman terbuang dengan memasangkannya kepada mesin basuh.
Ia dilakukan dengan memasang getah pada tempat yang mana sepatutnya terletaknya roda hadapan, yang disambungkan dengan mekanisma putaran pada mesin basu.
Untuk menggunakan mesin basuh ini, pengguna harus mengayuh pedal basikal seperti mana basikal biasa. Kayuhan ini akan memutarkan roda hadapan basikal ini yang bersambung dengan mesin basuh. Dengan ini, kayuhan ini akan memutarkan mesin basuh yang membasuh pakaian anda.
Anda juga boleh mengayuh ke arah hadapan dan belakang, membolehkan anda memvariasikan aktiviti senaman. Ciptaan Dandy ini sangat ideal bagi mereka yang sangat sibuk untuk bersenam di gym.
Selain daripada dapat bersenam sambil membasuh pakaian, ada satu lagu ciri-ciri yang patut dipuji mengenai ciptaan kuasa pedal unik ini, iaitu dapat menjimatkan penggunaan elektrik rumah anda!
Hasilnya, anda memiliki jantung yang lebih sihat, badan yang cantik dan bil elektrik yang lebih rendah. Dandy menerima pujian dan reaksi positig daripada netizen yang melihat video ini memandangkan kos elektrik yang sangat tinggi ketika ini.
Ciptaan ini sangat sesuai bagi ibu-ibu yang mahu menguruskan badan!
Kita boleh mengambil contoh daripada ciptaan ini dengan tidak membuang barangan terpakai sebaliknya menggunakannya sebaik-baiknya bagi mengelakkan pembaziran.
Selama bertahun-tahun, terdapat ratusan ciptaan yang dicipta untuk mengubah cara hidup kita seperti ciptaan Dandy. Ciptaan-ciptaan ini menjadi bertambah baik dari permulaan penciptaan dan menjadikan hidup kita lebih selesa daripada sebelum ini.
Tidak ada ciptaan tunggal yang lebih penting daripada ciptaan lain, kerana mereka semua mempunyai kesan yang penting yang menyumbang kepada perubahan dan evolusi tamadun.
Walau bagaimanapun, banyak juga ciptaan yang telah menyumbangkan kepada kemalasan manusia zaman kini yang hanya mengharapkan mesin melakukan segala kerja asas dalam kehidupan.