loading...

Anak Siti Nurhaliza Cukur Rambut

anak siti nurhaliza cukur rambut 1

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mencukur rambut bayi sulungnya, Siti Aafiyah, semalam.

Perkembangan itu didedahkan menerusi Insta Story akaun Instagram peribadinya.

Dalam paparan kiriman itu, Siti Aafiyah yang sedang berbedung nampak tenang apabila rambutnya dicukur oleh seorang ustazah.

Siti mengucapkan syukur, selain mendoakan agar ia diberkati Allah SWT.

anak siti nurhaliza cukur rambut 2

Kredit foto: Sinar Harian

“Alhamdulilah, Siti Aafiyah bercukur hari ini oleh ustazah. Semoga diberkati dan tumbuh lagi rambut yang sihat,” katanya.

Terdahulu, Siti Aafiyah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta, jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu, seberat 3.55 kilogram.

Seminggu kemudian, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengadakan majlis tahnik, cukur rambut dan aqiqah untuk bayi perempuan itu yang mana ia turut dihadiri Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Mohamad Al-Bakri.

Previous
Next Post »
loading...