Kredit foto: Instagram.com/ritrud727 & Instagram.com/therealizreenazminda
Aktres Rita Rudaini baru-baru ini memuatnaik foto dia berjumpa dengan madu teman rapatnya, Izreen Azminda iaitu Intan Liana.
Namun, ia telah menyebabkan timbul salah faham dari netizen yang menganggap dirinya bergaduh dengan Izreen.
Marah dilibatkan dengan kisah rumah tangga Izreen serta tidak ingin orang ramai terus keliru, Rita telah muncul mendedahkan dia dan keluarga Intan telah lama kenal.
Mereka berjumpa Rita semata-mata kerana mahu mendapatkan nasihatnya berkaitan urusan mahkamah. Seperti semua sedia maklum, Rita terdahulu
Menurut Rita, Roza Saleh, kakak kepada Intan pernah menjadi pengurus artis sementara aktres Nadia Mustafa merupakan biras Liana. Malah, mereka mengenali antara satu sama lain sejak awal penglibatan kerjaya sebagai pelakon.
Mengakui Izreen juga adalah rakannya, Rita memberitahu niatnya cuma untuk menolong kenalannya yang mahu mendapatkan pendapatnya tentang isu perceraian.
Tambahnya, dia tidak ingin bergaduh, jauh sekali untuk memburukkan sesiapa. Masalah yang dilalui oleh Intan, Ude dan Izreen cuma mereka bertiga sahaja yang faham.
Jelasnya lagi, jika Izreen mahukan nasihatnya, dia juga bakal membuat hal serupa sebagai seorang sahabat.
Sementara itu, Rita berkata dia tidak ingin lagi mengambil pusing kecaman netizen yang diberikan terhadapnya.
Sumber berita:
1. myartis.com
2. Harian Metro

#hiburan: Waspada Lelaki Bersongkok Jalur Kuning D ...

Selepas 30 Tahun, Pm Anwar Sekali Lagi Selamatkan ...

Jurujual Dayak Dimaki Kerana 50 Sen, Menteri Perpa ...

British Airways Kembali Terbang Ke Klia Dengan Pen ...