loading...

Isteri Kedua Opick, Wulan Mayasari Meninggal Dunia

isteri kedua opick meninggal dunia

Kredit foto: Instagram / YouTube & tribunnews.com

Penyanyi nasyid popular dari Seberang, Opick baru sahaja kehilangan isteri keduanya, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono (34 tahun) yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lepas, pukul 9 malam.  

Khabar tentang hal sedih itu disahkan oleh teman rapat Opick, Ustaz Solmed.

Dia memberitahu, sebelum menemui ajal, kesihatan Allahyarham tidak baik setelah bayi yang dikandungnya meninggal dunia sekitar dua bulan lepas. Pada waktu itu, kandungan Wulan sudah menginjak umur 8 bulan.

Tambahnya lagi, Wulan sempat dibawa ke hospital lalu meninggal dunia di sebelah suami dan ahli keluarganya. Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor, pada Isnin lepas.

Menurut Opick, dia redha dengan apa yang berlaku dan menganggap arwah isterinya merupakan seorang Muslim yang patuh kepada ajaran agama, sentiasa menjaga sembahyang lima waktu dan sering melakukan kebaikan terhadap orang lain.

Dia juga mengatakan bahawa Rasulullah berjanji bahawa apabila seorang suami yang redha akan kehilangan isterinya, dia bakal menjadi ahli syurga.

isteri kedua opick meninggal dunia 2

Sumber foto: tribunnews.com

Dalam pada itu, Opick mempunyai seorang lagi isteri, Dian Rositaningrum, yang dikahwini pada tahun 2002. Mereka juga memperolehi 6 orang cahaya mata.

Oleh itu, sebaik dimaklumkan mengenai khabar duka itu dari teman rapatnya, Dian yang tinggal berhampiran turut hadir bagi menziarahi jenazah.

Jelasnya, dia pada mulanya ingin memperolehi kepastian daripada suaminya menerusi panggilan telefon, namun usaha itu gagal yang dirasakan atas faktor kesibukan.

Dia juga berharap agar Opick cekal dan kuat menempuhi dugaan tersebut.

Terdahulu, Dian selaku isteri pertama Opick memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lepas selepas hampir 16 tahun mendirikan rumahtangga.

Perceraian itu berlaku setelah kedua mereka sudah tidak tinggal bersama akibat hampa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa kebenaran.

Sumber:

1. Myartis.com

2. Liputan6.com

Previous
Next Post »
loading...