loading...

Siti Nurhaliza Tunai Janji, Tayang Wajah Penuh Anak Buat Kali Pertama

siti tunai janji tayang wajah penuh anak buat kali pertama 1

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

Buat pertama kalinya penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menayangkan wajah anak sulungnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi kiriman foto dan video di akaun Instagram peribadinya, sebentar tadi.

Difahamkan, pasangan suami isteri ini juga akan melunaskan janji untuk mengumumkan nama anak mereka pada malam ini yang juga genap seminggu selepas hari kelahiran.

siti tunai janji tayang wajah penuh anak buat kali pertama 2

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

“Bismillahirrohmanirrohim, saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini adalah hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

“Inilah penyejuk hati, anugerah ILAHI, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” tulisnya di kapsyen entri berkenaan.

Bayi comel berjantina perempuan itu terlebih dahulu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu.

Fatimah yang seberat 3.55 kilogram ketika itu dilahirkan Siti secara pembedahan pada pukul 8.17 pagi.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau dan suami akan tampil dalam video istimewa yang ditayangkan secara langsung pada malam ini menerusi laman Youtube.

Dalam siaran tersebut, nama sebenar anak mereka yang bermula dengan pangkal 'Siti A' akan didedahkan buat pertama kalinya.

“Insya-ALLAH, pada malam ini suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube Siti Official Video bermula 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini," katanya.

Penyanyi Comel Pipi Merah itu antara lain merakamkan ucapan penghargaan buat para peminat dan semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga selama ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga ALLAH merahmati kita semua,” katanya.

Previous
Next Post »
loading...