loading...

“Isteriku untuk disewa pelancong asing…”

Suasana pagi Ahad itu agak suram. Sande Ramadan 37 tahun baru saja terjaga dari tidur. Dia perlu bersiap untuk bekerja.

Berjaket hijau dan berseluar khaki pendek, dia bergegas membasuh mukanya sebelum menapak ke ruang tamu. Isterinya Janet Wambui 38 tahun sibuk menyediakan sarapan untuknya.

“Terima kasih kerana mengejutkan saya. Saya tidak suka lewat bertemu pelanggan,” ujar ayah tiga anak ini kepada isterinya yang dinikahi sejak 20 tahun lalu.

“Pelanggan perempuan itu mahu bersama denganku sampai hujung minggu,” katanya lagi sambil menghirup teh.

Isterinya sekadar mengangguk mendengar penjelasan Ramadan. Tidak ada sedikit pun rasa cemburu terdetik dalam hatinya. Dia sedia maklum dengan tugas sang suami.

Ramadan bekerja sebagai ‘teman sosial’ lelaki.  Atau dalam ertikata yang lebih jelas menerima upah sebagai pemuas batin pelanggan wanita khususnya pelancong asing.

Isterinya Wambui berperawakan tinggi berkulit hitam juga berprofesion seperti dia. Baru dua hari lalu isterinya pulang ke rumah, setelah jenuh melayan nafsu seorang pelancong lelaki Jerman selama 10 hari, di sebuah penginapan mahal tidak jauh dari kampung Maweni tempat mereka tinggal.

Bagaimana pasangan ini mula terlibat dalam kancah industri gelap?

Pada suatu hari tahun 2006, Ramadan sedang menjaja pakaian kepada pelancong di sepanjang pantai Diani, kira-kira 30km di barat daya Mombasa.

Tiba-tiba dia didekati seorang pelancong Jerman. Lelaki itu minta dicarikan seorang wanita sebagai peneman sehingga cutinya berakhir.

Ramadan yang fasih berbahasa Jerman berjanji kepada lelaki tersebut untuk memperkenalkan saudara perempuannya.

“Petang itu suami saya pulang. Dia bertanya jika saya boleh berlakon sebagai saudara perempuannya dan menerima tawaran tersebut,” ungkap Wambui yang duduk berdekatan dengan Ramadan.

“Selepas beberapa hari mempertimbangkannya, saya setuju,” ungkapnya lagi sambil mengetatkan turban hitamnya.

Wambui melihat bagaimana sesetengah wanita sepertinya mengalami perubahan hidup setelah terlibat dalam aktiviti gelap ini. Dulu dia cuma surirumah yang bergantung penuh kepada pendapatan kecil suaminya.

“Hidup kami sangat susah. Pendapatan tidak menentu suami tidak mencukupi. Apabila dia menyuruh saya menerima tawaran itu, saya tiada pilihan lain,” luah Wambui.

Kini mereka mampu makan tiga kali sehari dan membiayai yuran persekolahan anak-anak.

Di bandar pesisiran pantai Kenya kisah seperti ini bukanlah perkara baru, terutama di kawasan kejiranan miskin seperti Maweni. Suami menyewakan isteri kepada pelancong asing adalah perkara biasa.

Kebanyakan pelancong yang mendapatkan khidmat seperti ini berasal dari Eropah. Mereka tidak tahu wanita yang dilanggan punya hubungan dengan orang tengah seperti Ramadan.

“Mengapa saya perlu membuat wanita lain kaya sedangkan saya ada isteri di rumah? Ini peluang kami mendapat wang untuk membayar semua bil,” ujarnya apabila ditanya kewajaran menjual isterinya.

Ketika Majlis Kawalan AIDS Kebangsaan melaporkan sebanyak 5,335 kes baru HIV/ AIDS di daerah pesisir pantai Kenya, Ramadan dan isterinya Wambui tetap tidak berganjak dari karier gelap mereka.

Pedulikan ancaman HIV/ AIDS! Kerja gelap ini harus diteruskan. Ada banyak keperluan hidup yang harus dibayai dengan wang!

Sewa rumah $80 harus dibayar setiap bulan. Itu belum termasuk makan pakai dan yuran pendidikan tiga orang anak mereka.

“Saya lakukan ini untuk kehidupan yang lebih baik. Kedengaran seperti tidak bermoral. Suami saya juga sedia maklum tapi tetap menyokong. Jadi mengapa tidak?” luah Wambui sambil melambai ke arah suaminya yang sedang melangkah meninggalkan rumah bertemu pelanggan.

Previous
Next Post »
loading...