Ketika mana kita hidup di atas darat aman damai, terdapat mereka yang tinggal di bawah tanah. Bukan mereka yang telah mati, tetapi masih hidup. Tidak diketahui berapa banyak namun terdapat bandar bawah tanah di seluruh dunia.
Antara bandar bawah tanah yang terkenal adalah Kaymakli dan Derinkuyu di Turki, tetapi iluminasi.com kongsikan 6 bandar bawah tanah yang anda mungkin tak pernah dengar.
1. Beijing Underground City, China
Di bawah jalan-jalan raya di sekitar Beijing terletak sebuah bandar bawah tanah yang agak luas. Dibina oleh pengasas Republik Rakyat China iaitu Mao Zedong pada tahun 1970an, tujuan pembinaan bandar bawah tanah ini adalah untuk didiami oleh penduduk Beijing jika berlaku perang nuklear dengan Kesatuan Soviet.
Ia berkeluasan 85 kilometer persegi dan seringkali digelar sebagai tembok China bawah tanah. Pembinaan bandar bawah tanah ini tersangatlah berat yang dilakukan oleh lebih daripada 300,000 pekerja yang menggali menggunakan tangan.
Di dalam bandar besar ini terdapat sekolah, hospital, ladang, kilang, panggung wayang, gudang dan juga kawasan perumahan. Ia juga mempunyai sumber asas kehidupan seperti air dan lubang kalis gas serta pintu kongkrit untuk melindungi penduduk.
Pintu masuk ke bandar ini tersembunyi di kedai-kedai di sekitar bandar Beijing. Dikatakan beberapa pintu masuk ke bandar ini masuk beroperasi namun hanya beberapa orang sahaja yang tahu dimana letaknya pintu-pintu ini.
2.Matmata, Tunisia
Terletak di Tunisia, Matmata adalah bandar bawah tanah yang hanya diketahui kewujudannya oleh mereka yang tinggal di situ, sehinggalah tahu 1967. Ia dibina dengan mengorek lubang yang sangat luas dan kemudiannya menggali lorong-lorong bawah tanah untuk jadikan rumah.
Rumah-rumah ini terhubung dengan struktur-struktur lain melalui terowong bawah tanah. Pada tahun 1967, hujan lebat selama 22 hari tanpa henti menyebabkan kerosakan yang serius kepada bandar ini.
Penduduk bandar ini meminta bantuan daripada kerajaan Tunisa yang terkejut dengan berita mengenai bandar tersebut, namun tetapi memberikan bantuan. Agak musykil apabila kerajaan sendiri tidak tahu adanya bandar bawah tanah.
Pada tahun 1976, Matmata digunakan untuk penggambaran Starwars di mana ia dijadikan planet tempat asal Luke Skywalker. Dan disebabkan ini, bandar bawah tanah ini terus popular dan menjadi lokasi tarikan pelancong.
3. Terowong Bruce Lee, Romania
Terowong Bruce Lee ini bukannya terletak di Hong Kong, tetapi di bawah jalan di Bucharest, Romania. Ia merupakan rangkaian terowong pembetung yang dihuni oleh komuniti penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Pintu masuk ke bandar ini terletak di jalan yang sangat sibuk. Cerita mengenai komuniti ini tersangatlah sedih di mana selepas komunisma tewas di Romanis, beribu-ribu anak yatim ditinggalkan tanpa jagaan.
Mereka kemudiannya menjadikan pembetung-pembetung ini sebagai tempat berteduh. Mereka kemudiannya membesar dan mempunyai anak yang mana menjadi titik permulaan perkembangan bandar ini.
Daripada semuaa bandar-bandar dalam senarai ini, bandar ini adalah satu-satunya yang mempunyai "raja". Ia dikawal oleh Bruce Lee, yang mendapat namanya melalui pertarungan jalanan yang brutal.
4. Coober Pedy, Australia
Coober Pedy adalah sebuah bandar bawah tanah di South-Australia. Disebabkan pancaran matahari yang tersangt panas di Australia, orang ramai berpindah masuk ke dalam lombong opal yang lama ini.
Di permukaan Coober Pedy kelihatan seperti tanah yang lama ditinggalkan namun di bawah tanah ini hampir didiami oleh 2 ribu orang. Jadi tak hairanlah jika bandar bawah tanah ini mempunyai banyak rumah dan hotel.
Ia juga mempunyai pub, kasino, beberapa buah muzium dan juga gereja bawah tanah yang dilengkapi dengan tanah perkuburan. Apabila difikirkan, agak pelik kerana memanglah kubur tempatnya di bawah tanah, kan?
5. Wieliczka, Poland
Jauh ke dalam sebuah lombong garam di Wieliczka, Poland terletaknya sebuah bandar bawah tanah yang sangat besar. Disebabkan pelombong-pelombong menghabiskan hampir seluruh hidup mereka di tinggal di bawah tanah, mereka mengukir berpuluh-puluh arca dan 4 buah gereja kecil dalam lombong ini.
Mereka juga mengukir dan mengorek koridor sejauh 3 kilometer dengan lebih daripada 20 buah bilik dan juga bar minuman. Ia adalah kerana pelombong sangat menggemari alkohol.
Apa yang menakjubkan mengenai bandar bawah tanah ini dalah gereja St. King yang dilawati oleh lebih daripada 1 juta orang setiap tahun.
Bandar ini juga mempunyai tasik bawah tanah dan menurut mitos, terdapat sebuah keluarga goblin tinggal di tengah-tengah tasik buatan ini.
Lombong ini dibina pada abad ke-13 dan menjadi pengeluar garam sehingga tahun 2007.
6. Amsterdam Canal City, Belanda
Bermula tahun 2018, sebuah bandar bawah tanah sedang dirancang untuk dibinaa di bawah terusan-terusan di sekitar Amsterdam. Disebabkan kekurangan ruang dan tempat di Amsterdam, ia memaksa kerajaan Belanda untuk menggunakan ruang bawah tanah.
Namun, mereka hanya boleh menggali ke dalam tanah liat yang lembut, kerana seluruh kawasan di bandar ini pada asalnya dibina di atas tanah paya.
Dengan kos sebanyak RM56.1 billion, bandar bawah tanah ini akan dibina dengan kemudahan seperti stadium sukan, panggung wayang, tempat letak kereta dan juga hartanah komersial.
Namun, mungkin anda tak sempat nak melawat ke bandar bawah tanah ini kerana pembinaannya dijangka mengambil masa 20 tahun. Jika projek ini berjaya, ia pastinya akan menjadi trend di Eropah yang mana satu hari nanti mungkin setiap negera mempunyai bandar bawah tanah.