loading...

Tunang Pemain Kriket Di Australia Peluk Islam

SELEPAS berdepan dengan kecaman kerana perbezaan agama, akhirnya tunang kepada pemain kriket terkenal Australia, Rachel McLellan, 22, memutuskan untuk memeluk Islam. Rachel adalah tunang kepada Usman Khawaja.

Usman yang dilahirkan di Pakistan merupakan pemain kriket Islam yang pertama di Australia.

Rachel yang meninggalkan agama kristian, memeluk Islam pada tahun lepas dan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ketika muncul dalam rancangan 60 Minutes, bakal pengantin itu berkata dia telah salah anggap mengenai agama Islam sebelum bertemu dengan Usman.

“Usman adalah orang Islam yang pertama saya jumpa. Dia menjadi orang Islam pertama bermain kriket di Australia dan agama Islam sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya,’’ kata Rachel.

Namun sejak mereka mendedahkan hubungan kepada umum, Rachel dan Usman berdepan dengan kritikan.

“Kebanyakan kemarahan adalah dari orang Islam di media sosial. Saya bukan Islam manakala Usman adalah Islam maka adalah haram untuk berkahwin.’’ Kata Rachel.

Usman melamar Rachel pada Julai 2016. Ketika hubungan mereka semakin berkembang, Usman tidak pernah memberikan tekanan kepada Rachel untuk menukar agama.

“Saya tidak akan meletakkan senjata pada kepala Rachel dan memaksanya memeluk Islam. Saya memberitahunya saya mahu dia memeluk Islam atas keinginannya sendiri kerana ia perlu datang dari dirinya sendiri, dari hatinya,’’ kata Usman pula.

Apabila memutuskan untuk memeluk Islam, Rachel telah membuat keputusan yang kontroversi namun dia melakukannya atas kehendak sendiri, bukannya desakan atau tekanan daripada Usman atau keluarganya.

Dengan berkongsi kisah mereka, pasangan itu berharap agar ia dapat memecahkan halangan agama dan sosial yang masih meresap dalam masyarakat. – Mynewshub.cc

Loading...

Previous
Next Post »
loading...