loading...

Tompok Biru Kelabu Pada Kulit Bayi Tak Bahaya, Boleh Hilang Bila Besar

Tompok berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!

Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!

Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;

Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.

MONGOLIAN SPOT

Ia dinamakan Mongolian spot.

Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.

Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.

TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN

Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.

5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT

 #1: Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.

#2: Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.

#3: Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.

#4: Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.

#5: Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.


Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...