loading...

Joo Ven juara badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019

Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven menepati ramalan apabila bergelar juara di saingan Siri Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak sebentar tadi.
Dalam perlawanan akhir, beliau menumpaskan rakan senegara Cheam June Wei dengan keputusan 21-13, 22-20 . Joo Ven, 24 tahun menghuni ranking ke 66 dunia dan ini merupakan gelaran pertamanya di pentas antarabangsa.
Sebelum ini beliau hanya mampu muncul naib juara dalam Cabaran Antarabangsa Malaysia 2015, Terbuka Scotland 2016, Cabaran Antarabangsa Poland 2017 dan Terbuka Hyderabad 2018.
Kemenangan ini juga akan memberikan motivasi bagi beliau untuk bersaing dalam Kejohanan Terbuka Thailand yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 4 Ogos ini.

Sementara itu, skuad negara turut meraih gelaran juara dalam acara beregu wanita menerusi gandingan baharu, Pearly Tan – M Thinaah.
Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma/Ribka Sugiarto 21-16, 11-21, 21-18.

Keputusan Penuh Badminton Siri Antarabangsa Malaysia 2019

MS: Soong Joo Ven(MAS) vs Cheam June Wei(MAS) 21-13 ,22-20
WS: Sri Fatmawati(MAS) vs Eoon Qi Xuan(MAS) 19-21, 8-21
MD: Leo Rolly Carnando/Daniel Marthin(INA) vs Low Hang Yee/ Ng Eng Cheong 17-21, 21-17, 21-11
WD: Tan Pearly Koong Le/Muralitharan Thinaah(MAS) vs Febriana Dwipuji Kusuma/Ribka Sugiarto(INA) 21-16,11-21, 21-18
XD: Amri Syahnawi/Pia Zebadiah Bernadet(INA) vs Andika Ramadiansyah/ Binga Fifri Romadhini 21-15, 21-17

Previous
Next Post »
loading...