loading...

Air Rebusan Ketupat Tertumpah Ke Badan Bayi, Terngiang-ngiang Doktor Cakap Anak “Kritikal”

Kejadian yang berlaku pada tahun 2017 iaitu dua tahun lepas masih segar diingatan Puan Ana apabila air rebusan ketupat tertumpah ke badan anaknya yang ketika itu berusia 10 bulan. 

[Baca: Barang Keperluan Bayi Dan Ibu Untuk Bersalin Tak Perlu Bawa Banyak, Belajar Dari Pengalaman]

Walaupun sedaya upaya menyelamatkan anaknya, namun air rebusan tersebut tetap terkena pada Aniq dan badan Aniq melecur lebih 50 peratus selepas terkena air rebusan ketupat.

24/6/17 genap 2 tahun

Peristiwa yang tak dapat dilupakan.. 1 dunia tau tentang aniq ..1 dunia tau kisah aniq…

Pukul 3.30 petang raya

Aniq naik walker..aniq mencapai wayar dapur gas tunku sampai terbalik periuk air yang sedang di rebus.. ibu sedaya upaya selamat aniq ibu. Ibu cuba tolak. Tapi tak boleh. Ibu sempat peluk kepala aniq. Ibu sempat selamat kn anak ibu..kalau ibu tak peluk kepala aniq.

Doktor Mula Operate Aniq

Habis kepala aniq kena..alhamdulillah tgn ibu pun kena sikit. Semua jari ibu mengelembung. Lengan ibu pon habis kena air pns. Sbb ibu dengan anak sangat kuat naluri nya..tapi aniq lagi truk. Lagi banyak aniq kena. 1 badan aniq kena. Ibu kena skit pon xtahan.. tapi malam tu jugak doc pakar operate kn anak ibu. Sebab xnk tunggu lama2 anak ibu baru 10 bulan.

Aniq Kritikal

Ibu mintak maaf syg dsebabkan kecuaian ibu. Ibu masa ni dah hampir down. Doc ckp aniq kritikal. Masa kt emergency aniq duk zon merah. Aniq menangis sebab pedih.. sebulan aniq bertarung nyawa dekat ICU HOSPITAL MELAKA… doc kejap2 jumpa ibu ayah beritahu tentang aniq..

Rasa nak gugur jantung ibu bila doc cakap aniq kritikal. Saya cuba sehabis daya ye puan. Ibu hanya angguk kepala. Ibu tak mampu nk bercakap. Selapas berjumpa doc. Air mata ibu jatuh laju..air mata ibu secara tiba2 ..tangan ibu xhenti berdoa ..semoga aniq sihat. Ibu nak cium aniq xblh. Nk peluk aniq xblh. Ibu nk dukung aniq xblh..sebab keadaan aniq xstabil.

Aniq Kekurangan Oksigen

Wayar byk sgt utk suport oksigen aniq masa tu jugak oksigen aniq kekurangan ..paru2 aniq lemah. Paru2 aniq djangkiti kuman. Dalam darah ada kuman ..allah ibu rasa masa tu ibu nak pengsan nak jatuh. Tpi ibu cuba kuat. Ibu cuba datang pada aniq. Bisik pada aniq. Ibu nak aniq kuat. Ibu nk aniq sihat mcm dulu. Tido ibu xlena. Makan ibu xkyg. Sekadar alas perut. Setiap kali ibu dtg jumpa aniq. Ibu panggil aniq. Ibu npk aniq bergerak2. Ibu tau aniq nk bgun. Tp doc bg aniq ubat tido. Utk aniq rehat. Xnk aniq ngis. Sebab kulit aniq basah lagi. Part ibu menyentuh ati.

Doktor Cakap “Something Wrong” Dengan Aniq

Ibu baca alfatihah pada ubun2 aniq ibu sembur satu badan aniq bgerak2 nak bgun. Tapi dos ubt banyak..aniq hanya mengalirkn air mata .. pagu raya ibu cium baju raya aniq. Ibu xdpt tgok aniq pakai baju raya .. sebulan sayang kita xbertemu ..lepas je hbs raya doc offkn kan morfin pada aniq. Utk aniq sedar. Tp masa tu aniq dah bukak mata. Bila ibu panggil aniq xpandang. Ibu senyum aniq buat xtau. Doc ckp something wrong. Xpela. Ibu tawakal. Asalkan anak ibu selamat .tu je ibu nak. Luka aniq semakin hari semakin kering.

Aniq Bagi Positif Feedback

Semakin lama byk feedback positif aniq bgi.. sampai ibu ambil keputusan utk bhti keje nak jaga anak ibu. Sebab anak tiada ganti. Biarlah orang nk cakap tak kje ke ..rugi xkerja. Xde duit. Duit bukan segala nya.

Kasih Sayang Segalanya

Kasih sayang segala nya bagi saya. Saya percaya rezeki tu ada di mana2. Janji rajin. Usaha dan doa. Akan tersilit rezeki di situ. Setiap anak yg di lahirkan ALLAH ade tetapkn rezeki di situ. Alhamdulillah gambar2 aniq selepas kejadian tu. Semakin hari semakin aktif. Kini Aniq sembuh sepenuhnya. Terima kasih semua yang mendoakan anak saya

Sumber: Puan Ana

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...