Tiada apa yang melegakan ibu ayah tatkala melihat si kecil makin pulih. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang menghidap kanser Germ Cell Tumor kini makin menunjukkan perkembangan yang baik seperti bayi lain.
Dalam kemaskini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dikongsikan video bayi kesayangan rakyat Malaysia ini yang sedang diangkat dan diletakkan dalam posisi berdiri.
Kata Erwani dalam video tersebut sambil memegang Ainul;
“Hai saya berdiri hari ni. Saya nangis-nangis saya nak berdiri. Saya nak jalan-jalan.”
Manakala pada pada ruangan kapsyen, ibu ini turut berkongsi tentang Ainul yang sangat teruja kerana dapat berdiri. Ainul juga dikatakan bermain dengan mama & walid sebelum melelapkan mata. Kata Erwani, Ainul anak yang cerdik.
“Ainul gembira dapat berdiri hari ini❤️
“Lepas seronok main dengan mama dan walid, Ainul tidur.
“Anak mama memang cerdik. “🤗
TAK SANGGUP LUKAKAN HATI BANYAK PIHAK
Manakala pada ruangan IG story, ibu ini turut berkongsi kesedihannya ekoran daripada sesetengah pihak yang tidak dapat menerima keputusan yang dilakukannya untuk Ainul Mardhiah.
“Saya sedih dengan segelintir yang masih tak dapat terima keputusan apa yang kami lakukan pada anak kami.
“Kalau lah saya boleh cerita dari A-Z apa yang kami lalui dari Ainul Lahir sampai Ainul yang sekarang.
Erwani dan suaminya Ahmad Safiuddin telah melalui pelbagai pancaroba untuk anak mereka dan ada beberapa perkara yang tidak kongsikan kepada umum bagi menjaga aib & tugas masing-masing.
“Macam mana strugglenya kami cari rawatan untuk Ainul. Ada part yang kami tak mampu nak cerita sebab kami jaga aib dan kerja masing-masing.
“Kami tak sanggup nak lukakan hati banyak pihak. Terima kasih semua. Saya sangat sedih.”
Perkembangan terbaru Ainul mendapat reaksi positif warganet dan mendoakan si kecil ini terus pulih dan sembuh.
@mrscebalton “Luka dah makin kering. InshaAllah kalau dia dapat makan ikut mulut nanti lebih berisi dan sihat. Cepat baik ye Ainul.”
@nasihin.abdhalim “Sayang Ainul..to mama & walid Ainul. Abaikan semua pandangan negatif sebab doa dan support dari kami yang sayangkan Ainul lebih banyak. Ainul kesayangan ramai orang, insyaAllah.”
@faezah.sulaiman “Masha Allah, Alhamdulillah. cepatnya progressive. insha Allah baby ainul will get stronger & stronger. such a fighter 💞“
@minieali “Pandai baby ainul👍”
@kiera_1224 “Alhamdulillah..😍😘😘..cepat sihat baby ainul..😊”
Sumber: _nrlerwani