loading...

Hilang Darah Lebih Seliter; Otot, Salur Darah Dipotong. Perjuangan Ibu Bersalin Czer Janganlah Dibanding

Ibu bersalin secara pembedahan selalu dipertikaikan. Kononnya tidak seperti bersalin normal yang benar-benar berjuang untuk seorang ibu!

Selepas hamil, tiba masanya untuk melahirkan. Ada yang bersalin seperti biasa secara normal dan ada yang perlu melalui pembedahan untuk mengeluarkan cahaya mata yang dikandung disebabkan oleh pelbagai sebab seperti komplikasi dan keadaan. Apa sahaja yang ditakdirkan ibu rela demi memastikan si kecil lahir dengan selamat dan sihat.

Namun tidak dapat dibayangkan luluhnya hati si ibu yang bersalin secara pembedahan apabila ada yang mengatakan kelahiran pembedahan seolah-olah perjuangannya melahirkan ‘tidak diiktiraf’.

Jururawat Bel Nawhen berkongsi pandangannya dan fakta berkaitan kelahiran melalui pembedahan caesarean ekoran daripada satu komen di media sosial ini.

Katanya jangan dibandingkan & dipertikaikan perjuangan seorang ibu melahirkan walau pun perlu melahirkan melalui kaedah ini. Kedua-dua cara ibu yang melahirkan sama ada caesarean atau normal mempunyai kesukaran dan kepayahan tersendiri.

Jangan dibandingkan perjuangan seorang ibu sewaktu melahirkan hatta perlu menjalani caesarean.

#1. HILANG DARAH 200ml- 1500ml

Pembedahan caesarean umumnya mengalami banyak kehilangan darah dimana dianggarkan ibu akan kehilangan darah lingkungan 200ml-1500ml bergantung kepada kesukaran sewaktu pembedahan.

#2. BANYAK OTOT SALUR DARAH TERPAKSA DIPOTONG

Ketika caesarean juga, banyak otot di abdomen serta salur darah yang terpaksa dipotong bagi membuka ruang kepada bayi sewaktu dilahirkan.

#3. BEBAN BAYI YANG SAMA

Ibu caesarean juga hamil 9 bulan dan membawa perut ke sana kemari seperti ibu melahirkan normal.

#4. ADA YANG MERASA SAKIT SAMA SEPERTI BERSALIN NORMAL

Ada ibu caesarean turut merasa sakit mahu melahirkan juga seperti ibu kelahiran normal.

#5. TIADA PILIHAN

Ada ibu caesarean tidak mempunyai pilihan untuk dibedah berbanding ibu yang melahirkan normal.

#6. TURUT RASA ERTI MENJADI IBU

Ibu caesarean juga turut merasakan erti menjadi seorang ibu sama seperti ibu melahirkan normal.

#7. BERDEPAN KETAKUTAN & PELBAGAI KOMPLIKASI

Ibu caesarean merupakan seorang ibu yang kuat kerana mereka berjaya mengatasi ketakutan dan menerima sebarang komplikasi yang boleh berlalu sepanjang pembedahan dan selepas pembedahan.

Malah, mereka juga tahu komplikasi yang bakal mereka terima pada kehamilan seterusnya tetapi mereka terus hamil lagi dan mendoakan kelahiran yang normal boleh mereka lalui.

#8. IBU YANG BERANI, TIADA TANGAN SUAMI UNTUK DIGENGGAM

Ibu caesarean merupakan ibu yang berani kerana kita sendiri tahu tidak ada suami/keluarga boleh menemani mereka semasa di dewan bedah.

Betapa gugupnya sendirian dikelilingi orang asing yang terdiri dari doktor, jururawat serta ppk di dalam dewan bedah. Tangan yang mampu mereka pegang semasa dalam ketakutan hanya tangan perawat berbeza dengan kebanyakan ibu yang melahirkan normal, ada sahaja suami/keluarga yang boleh menemani di dewan bersalin. Tabah bukan?

#9. PARUT PADA PERUT 

Ibu caesarean merupakan ibu yang sentiasa tidak hirau parut yang jelas kelihatan di abdomennya.

Parut itu merupakan tingkap kepada kelahiran anak kedunia dan tidak kira besar mana dan lebar mana saiz parut itu pun, ia tidak menganggu emosi si ibu malahan ia merupakan satu kenangan seumur hidup yang boleh dikongsikan dengan si anak tanda pengorbanan sewaktu melahirkan.

“Sebaik-baik wanita penghuni Surga adalah Khadijah bintu Khuwailid, Fathimah bintu Muhammad, Asiyah bintu Muzahim istri Fir’aun, dan Maryam bintu ‘Imran.” (HR. Ahmad, no. 2668).

Sumber: Bel Nawhen

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...