loading...

Tukang Urut Cakap Baby Songsang. Lepas Urut Bleeding Banyak & Bayi Meninggal

Tidak dapat digambarkan kehilangan bayi dalam kandungan akibat kesilapan diri sendiri. Tujuan asal berurut untuk melegakan sakit-sakit badan lain pula jadinya apabila tukang urut mula sentuh perut.

Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini menimbulkan rasa sebak. Atas dasar percayakan tukang urut ibu muda akhirnya kehilangan anak sulung dalam kandungan sekelip mata.

Tukang urut berkenaan mendakwa bayi dalam kandungan ibu ini songsang dan telah diurut untuk memperbetulkan kedudukan. Episod kehilangan dimulai dengan rasa senggugut dan seterusnya pendarahan. Akhirnya bayi dalam kandungan tidak lagi bernyawa, pergi atas sebab kesilapan yang tidak dapat diperbetulkan lagi.

Mendapat mesej peribadi dari individu ini, saya turut merasa sebak di dalam dada. Betapa naifnya ibu muda ini.

Rakan saya yang pakar dalam perbidanan pun tidak boleh terus mengatakan bayi tidak berada dalam kedudukan betul mahupun songsang tanpa pengesahan dari ultrabunyi (ultrasound) dan dari penilaian doktor, inikan pula orang yang mengaku pandai mengurut kerana saya amat yakin tukang urut tidak semua mempunyai asas perbidanan serta berdaftar dengan lembaga bidan.

URUT  ABDOMEN BOLEH RANGSANG PENGECUTAN RAHIM

Berurut di bahagian abdomen boleh meransang pengecutan rahim dan menyebabkan keguguran.

Jadi, waspada apabila anda merasa kesakitan yang teramat sejurus selepas berurut.
Urutan untuk melegakan ketegangan, mengurangkan stress dan mengurangkan lenguh-lenguh waktu hamil amat membantu, tetapi bila tidak ada keperluan, tidak kena tempat, tidak dilakukan oleh mereka yang berkepakaran, penyakit jadinya.

PROSEDUR DILAKUKAN PAKAR DENGAN MESIN ULTRABUNYI

Dalam istilah perubatan, prosedur memusingkan bayi ini dipanggil ECV (External Cephalic Version) yang dilakukan oleh doktor perbidanan yang terlatih dibawah pengawasan mesin ultrabunyi.

Selain itu, CTG (Cardiotocography) juga akan diselia bagi melihat sebarang kemungkinan kepada kegagalan proses supaya pembedahan kecemasan boleh dilakukan.

DEWAN BEDAH DAH SIAP SEDIA!

Jangan tak tahu, dewan bedah juga sudah diminta dalam mode bersedia sewaktu ECV dilakukan kerana jika procedure gagal dan mengalami komplikasi, ibu akan ditolak untuk pembedahan.

ECV biasanya dilakukan semasa 36minggu kehamilan (mengikut jumlah kehamilan). Kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah dalam lingkungan 50%.

TIDAK SEMUA KEDUDUKAN KANDUNGAN SONGSANG BOLEH DIPERBETULKAN

TIDAK semua kehamilan songsang boleh dipusing-pusing. ECV tidak boleh dilakukan jika;
1) Kehamilan yang memerlukan pembedahan dilakukan seperti Placenta Previa type III dan IV.
2) Ibu mengalami perdarahan semasa hamil.
3) Air ketuban sudah pecah.
4) Kandungan kembar.
ECV yang tidak diselia boleh menyebabkan;
1) Placenta Abruptio (Uri lekang dari dinding rahim).
2) Tali pusat menjerut/mengelilingi leher bayi (Cord Round Neck).
3) Uterine rupture (rahim pecah/luka).
4) Fetomaternal bleeding (masalah pendarahan ketika hamil).

JANGAN TERLALU PERCAYA 

Kerana itu, anda perlu dapatkan nasihat doktor dan jangan sewenang-wenang percaya kata-kata orang hanya atas alasan mereka lebih berpengalaman kerana mata kasar dan deria rasa tidak boleh scan kehamilan anda.

Memang dahulu ada mak bidan yang cukup mahir bab kehamilan tetapi mereka tetap menyerahkan kepada doktor dan hospital yang mempunyai peralatan lengkap jika komplikasi berlaku.

Sumber: Bel Nawhen

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...