loading...

“Pernah Bergurau Nak Anak Kembar” Isteri Zed Zaidi Selamat Lahirkan Bayi Kembar

Pelakon, Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia mustafa selamat melahirkan bayi kembar perempuan seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram di pusat perubatan Damansara.

Baca:

5 Tahun Raya Berdua, Tahun Ke-6 Raya Berlima! Cantik Perancangan Allah

Zed memberitahu isterinya melahirkan anak kembar secara pembedahan petang selasa lepas.

“Sejak isteri hamil anak pertama lagi kami pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar. Tapi tak sangka kelahiran kedua ini betul-betul dapat anak kembar”

“Apatah lagi tiada keturunan kami pun yang pernah dapat bayi kembar. Tapi saya bersyukur isteri dan anak selamat” Katanya kepada mStar

Sebelum ini dia nyaris kehilangan salah seorang bayi kembarnya apabila isteri mengalami pendarahan ketika hamil.

“Pada awalnya kami ke klinik untuk scan, doktor tak bagitahu ianya kembar”

“Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami pendarahan dan doktor maklumkan mungkin salah seorang daripada anak kami tidak dapat bertahan, ketika itu barulah kami tahu ianya kembar”

“Alhamdulillah kedua-duanya selamat dan dua puteri ini hadiah paling istimewa buat kami”

Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.

Sumber: mStar

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...