Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi. Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa, ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan. Betul tak?
Adakah sebab lapar, sejuk, bosan, tak selesa atau mahu dipeluk. Mungkin bagi ibu bapa yang tak biasa, tangisan bayi ini boleh membuatkan anda bimbang.
Ok kali ini perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia dan juga penulis buku Mengapa Bayi Anda Menangis, Puan Uswatun Hasanah boleh membantu ibu bapa meredakan tangisan anak dalam tempoh yang singkat.
Bedung
Langkah paling penting. Sebab tu ni langkah pertama. Kenapa? :
- Sebab masa bayi mengamuk, reflek moronya sedang ‘on’ (hidup): iaitu kaki tangannya menghentak tanpa kawalan. Masa ni, bayi merasa bagai sedang berada dalam posisi kejatuhan bebas.
Mereka akan terus menangis selama reflek ini tak ditutup.Reflek moro ini perlu dimatikan dengan menghentikan pergerakan luar kawalan bayi: -..dengan membedung.
- Membedung memberi sensasi pelukan yang biasa didapatkan bayi semasa dalam kandungan hasil balutan dinding rahim. Jadi bayi akan dapat rasa sensasi yang dia kenal bila dibalut dan boleh bertenang dengan lebih mudah.
Pegang Bayi Pada Sisi Dan Perutnya
Bayi tak pernah berbaring rata di belakangnya semasa dalam kandungan, betul tak?. Mereka terapung dan hanya berpusing-pusing dalam posisi sama ada mereka berbaring secara sisi atau terlungkup dengan kakinya dan lututnya sedia ada menekan perutnya selama 9 bulan.
Jadi, masa nak tenangkan bayi, cara pegang pun kenalah betul: pada sisi atau pada perut bayi sahaja. Gambar-gambar diatas hanya sebahagian contoh cara pegang.
Nak tengok cara pegang yang lain boleh ‘search’ video koleksi di Baby Language.
Buat Bunyi Shhh
Siapa yang tak tau lagi rahim adalah alam yang sangat bising? Angkat tangan cepat. Ye, sangat bising. Mencecah 70db: sama kuat dengan bunyi vakum pembersih rumah tu. Jadi, bayi resah dengan suasana sunyi sebab dah terbiasa hidup dalam bising.
Jadi, bila bayi mengamuk teruk, berilah bunyi yang lebih atau sekurang-kurangnya sama kuat dengan jeritannya. Ye la, kalau ‘slow’ sangat nanti dia cuma dengar jeritan dia sendiri je.
Mana pulak nak cari bunyi ni? Ha paling mudah kita buat sendiri la. Rapatkan mulut anda ke telinga bayi dan buat bunyi shhh sekuat mungkin. ‘Shhh’ ini hampir menyamai bunyi rahim.
Hayun/Goyang
Bukan ‘goncang’ ok. Kenapa nak hayun? Sebab bayi manusia dah 9 bulan terbuai-buai dalam perut ibu setiap saat ibu bergerak.
Jadi, setelah membedung-pegang bayi pada posisi betul, sambil shhh tu goyang la sikit bayi. Jangan la statik je. Sokong kepala bayi sepanjang masa. Boleh buat perlahan-lahan hingga bayi dah selesa dan tenang.
Hisapan
Ada tak imej ultrasound bayi anda sedang hisap jari?. Kalau takde, rasanya semua orang pun pernah nampak imej bayi menghisap jarinya semasa dalam kandungan, samada di internet atau dalam buku.
Kenapa nak hisap jari lagi kalau tali pusat tu memang dah 24 jam salurkan makanan tanpa henti?. Mestilah bukan sebab bayi lapar kan?. Sebabnya..alam dah ajar bayi: hisap lah..ia mententeramkan.
Jadi, jika bayi masih tak tenang dengan 4 langkah sebelum ini, berilah elemen ke 5 ini iaitu menghisap. Oleh kerana bayi bawah 4 bulan belum ada koordinasi otot penuh untuk hisap ibu jari sendiri, maka alternatif yang ada terhad kepada: payudara ibu, botol, jari bersih ibu dan puting tiruan (pacifier).
* jari ibu tu mungkin kedengaran tak senonoh buat sebahagian kita, tapi ketahuilah ia diamalkan sebahagian budaya lain jadi ia tetap satu alternatif..