loading...

Emak Sibuk Dengan Telefon, Anak Nyaris Terjatuh Ke Tingkat Bawah

Leka sesaat hampir meragut nyawa anak. Ibu ini yang sibuk dengan telefon hampir kehilangan nyawa anak.

Dalam kejadian yang berlaku di di Madellin, Colombia ibu terbabit bersama seorang anak perempuannya baru saja keluar dari lif untuk berurusan di pejabat di tingkat empat.

Dia dalam video rakaman kamera litar tertutup, ibu berkenaan asyik dengan telefon bimbit dan tidak memegang tangan anaknya.  Tanpa disedari ibu ini,  anaknya berjalan ke bahagian tepi lif untuk melihat ke bahagian bawah bangunan.

Baru sahaja mahu meletakkan tangan pada bahagian penghadang, namun tangan kanak-kanak itu tersasar lalu menyebabkan dia tertumus dan jatuh ke tingkat bawah.

Si ibu yang menyedari kejadian itu pantas melepaskan telefonnya dan berjaya menangkap sebelah kaki anak perempuannya itu.

Seorang lelaki yang bersama-sama dengan mereka semasa keluar dari lif melihat kejadian cemas berkenaan dan bergegas turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan nyawa si kecil.

Turut kelihatan beberapa kakitangan wanita di pejabat itu keluar untuk membantu si ibu menarik kanak-kanak berkenaan.

Sumber: www.alertabogota.com

Artikel berkaitan:[ Bapa Tertidur Kepenatan, Anak 5 Tahun Jatuh Dari Tingkat 12 Balkoni Hotel] [“Ingatkan Hilang Rupanya…” Anak 4 Tahun Gagal Dikesan Ditemui Selamat Tertidur Dalam Bas]

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...