“Ainul dah sedar, Alhamdulillah” begitulah nada ceria seorang bapa yang lama menantikan keajaiban yang berlaku pada cahaya matanya yang sangat comel. Tidak terhenti disitu sahaja, kisah adik Ainul viral di seluruh Malaysia dan ramai yang menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral demi melihat bayi comel ini sembuh.
Menderita ketumbuhan dalam mulut, bapa kepada adik Ainul, Ahmad Safiuddin tabah dan begitu kuat menerima takdir Allah. Berikut antara luahan hati seorang ayah mengenai perjalanan kisah Ainul seawal lahir hingga sekarang.
Berikut merupakan kronologi kisah adik Ainul;
13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka
Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
23.8.2018, Khamis (Menaiki Ambulan)
Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation. Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Tidak Boleh Lakukan Pembedahan
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kisah adik Ainul mula tular selepas luahan bapanya di Facebook dan mendapat perhatian ramai termasuklah Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri.
April 2019
Apa nama adik ni yaa… siapa kenal adik ni??kalau boleh saya nak jumpa adik ni sendiri… saya amat kesian dengan nasib adik ni dan ingin menbantu apa yang perlu utk beliau… siapa yang kenal atau menpunyai number telefon adik ni sila pm sy..inyallah sy cuba yg terbaik dgn rezki apa yg saya ada – Aliff Syukri
12.04.2019
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.
13.04.19 (Genap Usia Ainul 8 Bulan)
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah, 8 bulan. Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut.
Sebab Surah ke 13, Ayat 8 ( Surah Ar-Ra’d )
17 April 2019
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.
19 April 2019
Masih tunggu respon pakar di UK. Walid terpaksa ikat tangan ainul elak tumor berdarah
Ainul Mardhiah,.Ainul ni nampak seorang yang tidak akan berputus asa. Kami terpaksa ikat tangan dia supaya dia tak cakar tumor tu. Jika dia dapat cakar, maka akan berdarah. Dan darah tu sangat tak elok bila masuk ke dalam tubuh badannya.
Posted by Ahmad Safiuddin on Wednesday, April 17, 2019
22 April 2019
Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubungi ibu bapa adik Ainul dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
Dr Amalina turut meminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan ibu Ainul.
26 April 2019
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
8 May 2019
Dr. Amalina & Team Sudah Respon!
“Mereka dah ready di sana and minta kami buat MRI di sini. Menurut kata Dr Amalina, Pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul,” katanya.
Dr Amalina Mohon Terus Bagi Sumbangan Bantu Ainul!
Sementara itu, menerusi insta story Dr Amalina dia juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.
11 May 2019
Kerajaan Melaka akan membantu kos penerbangan dan pengangkutan keluarga adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di bahagian mulut, ke United Kingdom (UK).
Satu Persatu Allah Permudahkan!
Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada bertanya mengenai urusan membuat pasport Ainul untuk persediaan ke UK. Namun beberapa jam selepas itu, Safiuddin menjelaskan telah dihubungi pegawai imigresen yang menawarkan bantuan untuk memudahkan Ainul membuat passport tanpa perlu ke pejabat imigresen.
21 May 2019
Urusan persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis 23 May 2019.
“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.
“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka.
Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.
24 May 2019
Adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya sudah berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam facebooknya.
30 May 2019
Selepas tiba di London pagi Sabtu lalu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kini ditempatkan di dalam inkubator dengan wayar yang berselirat di sebuah hospital kanak-kanak.
3 June 2019
“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya.
7 June 2019
Ainul confirm akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dahulu. Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan Ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab
10 June 2019
Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
11 June 2019
“Ainul nampak sangat comel, bibir dia cantik, pipi dia tembam. Insya-Allah mama akan jaga Ainul walau apa jua ujian dan cabarannya,” kata ibu kepada Ainul Mardhiah.
Nurul Erwani Zaidi, 24, memaklumkan anak perempuannya berusia sembilan bulan itu yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kini sedang berehat dan berada dalam keadaan stabil.
12 June 2019
Ramai yang terlibat sepanjang rawatan anaknya di UK selain daripada Dr Amalina Bakri. Ramai doktor yang disifatkan ‘doktor kiriman Allah’ yang turut sama memberikan sokongan sepanjang usaha rawatan Ainul di Malaysia & UK. Ahmad Safiuddin dan isteri berasa amat terhutang budi.
Sumber: Ahmad Safiuddin