Pesanan si ayah buat anak tatkala kelahiran ini mengundang sebak. PU Abu Sufyan selamat menyambut kelahiran anak sulung.
Syukur dan reda, itu lah yang dinyatakan oleh Pencetus Ummah Abu Sufyan yang selamat menyambut kelahiran anak sulungnya. Bayi lelaki yang dilahirkan pada 7 Jun 2019, jam 12.55 beberapa hari selepas sambutan Aidilfitri itu.
Besarnya harapan ayah ini kepada anak telah dinyatakan dalam posting di Instagram. Dia turut memohon maaf kepada si anak atas apa yang terjadi ekoran kontroversi rumah tangga dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini.
MOGA MENJADI ANAK SOLEH
Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung kita ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.
MAAFKAN AYAH BUAT SALAH, JAGA HATI UMMI
Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.
TERIMA KASIH LAHIRKAN ANAK KITA, MOGA KUAT MACAM AWAK
@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat kita ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.
MOHON DOAKAN AGAR SEMUANYA BAIK & DIPERMUDAHKAN
Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.
Para follower mendoakan agar semuanya berjalan dengan baik dan mengucapkan tahniah. Ada juga yang menyatakan seolah memahami situasi yang sedang dihadapi Ain Afini berpantang tanpa suami disisi.
@ilyasyahari Air mata sy mngalir bca kisah ni…walau sy x kenal kamu siapa. sy doakan ain afini akan jumpa seorang lelaki yg jaga dan bimbing dia bagaikan permaisuri dan bidadari di hati lelaki itu…. fasa mengandung, melahirkan, berpantang tanpa seorang suami di sisi yg setia.
Subhanallah betapa peritnya perasaan itu… sedangkan yg ada suami di sisi pun terasa sakitnya.. ini kan pula tiada suami yg brkongsi rasa itu… tamatkanlah kisah ini dgn pertemuan ain afini dgn lelaki yg dpt membahagiakannya.. amin ya robbal alamin. Kisah kamu mnjadi pengajaran.
Semoga Allah memberi hidayah dan kekuatan utk kamu bertaubat nasuha. Benar perceraian itu halal tapi itulah seburuk2 perkara yg Allah benci sebagaimana perkahwinan sebaik2 perkara yg disukai dlm hal perhubungan manusia.
@m.sarahyus Tahniah @puabu.official semoga anak ni jadi anak yang soleh ..amiin
@bukhari_nazran Semoga si anak menjadi sperti si ibu tabah menghadapi ujian di saat ombak melanda bukan mencari yg lain 😉
@yuzilasakura Khalifah hebat.. Semoga dipermudahkan
Sumber: puabu.official
Artikel berkaitan:[ “Jangan Lepas Tangan Pada Isteri & Anak Dalam Kandungan” Hakim Syarie Nasihat PU Abu, Lafaz Cerai Tak Sah] [ Surah Taha & Ar Rahman Peneman Tidur. Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati ]