Pendakwah terkenal di media sosial, Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsianya di instagram mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri.
[Baca: Jangan Harapkan Isteri 100%, Suami Perlu Sediakan 5 Persediaan Ini Untuk Sambut Anak Sulung]Namun yang menarik perhatian ramai, cara Ustaz meluahkan perasaan cintanya kepada bidadari yang satu. Begitu indah pertuturan seorang suami yang sentiasa mendoakan isteri dalam setiap sujudnya.
Dia turut berkongsi video menyambut hari lahir isterinya. Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 200 ribu daripada para pengikut di instagram.
Bidadariku, selamat hari lahir sayang. Terima kaseh yer sudi menemani perjalanan di dunia yang sementara ini dalam menuju kehidupan selamanya di sana nanti. Redha Allah. Bidadariku, melihatmu menyejukkan hati abang. Memegang tanganmu membuat rasa syukur. Cian sayang selalu penat dan selalu berkorban siang malam. Dari mula nikah sehingga hari ini
Setiap malam dan lepas solat Fardhu abang sentiasa sebut nama bidadari sayang dalam doa abang. Ya Allah inilah bidadariku. Betapa diriku sayang padanya. Berkali-kali jatuh cinta padanya. Sayangilah dirinya ya Allah. Tengok saat bersalin jatuh cinta. Saat menemani masak rasa jatuh cinta. Teman lipat kain jatuh cinta. Berjalan dekat pasaraya cari sudut berdua untuk bercinta. Dalam kereta memegang tangan rasa bercinta. Dapat buka tutup pintu kereta untuknya rasa jatuh cinta. Saat demam dan sakit saling menemani rasa jatuh cinta. Saat berdakwah dan sedih sama-sama doa menangis jatuh cinta. Jatuh cinta masa sama-sama buat Ta’lim. Jatuh cinta masa sama-sama lapar dan susah demi agama ini
I love u sayangku bidadari. Tenkiu yer bidadariku. I love u sayang. I love u bidadariku. Selamanya. Luv u till jannah. Sebak rindu sayang padamu dunia dan akhirat. Terima kaseh atas segalanya. Terima kaseh ya Allah atas anugerahmu ini-ebitlew 17/6 Birthday bidadari tercinta
Rata-rata netizen bahagia melihat pasangan ini dan mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga ke Jannah. Sikap ustaz juga boleh dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana.
Bahagianya dapat suami yang selalu menghargai
Bahagianya bila dapat suami yang selalu menghargai
Suka sangat tengok pasal ustaz
She so lucky
Sumber: Ebit Lew