Jangan anggap bayi atau anak anda selamat apabila anda merokok diluar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
Yang membimbangkan, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Berikut perkongsian dari Dr Hana melalui pengalamannya sendiri berdepan situasi ayah perokok hingga beri kesan pada anak.
#KISAH_1
Seorang ayah bawa anak ke klinik untuk injection #pneumococcal.
Kata ayah, anaknya tak habis-habis asyik keluar masuk ward saja, ni pun baru je discharge dari hospital sebab kena ambil gas (nebs) secara berkala dan perlu dipantau.
Anaknya dah lebih 2 tahun, jadi perlu 1 suntikan pneumococcal saja.
Bukan murah pneumococcal vaccine ni, ratus-ratus harganya.
Besar harapan si ayah, lepas injection pneumococcal ni moga anaknya kurang skit masuk ward dan jarang skit kena attack penat/lelah.
Bila ditanya, rupa-rupanya ayah merokok😰
Dan anaknya terpaksa hisap asap rokok tu hari-hari.
#KISAH_2
Seorang ayah bawa baby 5 bulan ke klinik.
Petang dan malam hari sebelumnya dah ambik nebs 2x di klinik, so pagi ni Dr suruh datang untuk pantau simptom si baby.
Bila dengar peparu baby, ada campuran creps & ronchi. Diagnosis pneumonia with bronchospasm.
Baby kecik ni, mak ayah kena peka tanda-tanda anak sesak nafas, sebab baby tak boleh bagitau.
Di hospital, Dr akan ambik darah dan X-ray, pantau paras oksigen baby, bagi gas bronchodilator dan cover baby dengan antibiotik jika perlu.
Laju si ayah tanya “ada effect tak Dr, kalau anak saya ambik antibiotik?”
Baby kan kecik lagi, tak bahaya ke ambik antibiotik?
Risau si ayah.
Dari nicotine stain pada bibirnya, i can tell that this father is a heavy smoker! So i tak tanya ayah merokok ke?
Instead saya terus direct nasihat je.
Antibiotik kalau perlu memang penting untuk ambik.
Yang bahaya, kalau anak hidu asap rokok di sekeliling.
Smoking ni boleh menerukkan keadaan peparu si anak kecil. Yang sihat pun boleh terkesan, apatah lagi anak kecil yang memang sedang ada jangkitan.
Ayah angguk faham.
Baby comelnya khusyuk pandang muka ayah, macam mengharap ayah akan berubah.
Ayah pun cakap dengan baby “takda, Dr pesan kat baba tadi, suruh baba benti merokok nak adik cepat sihat”
Sejuk hati Dr dengar.
Respek sangat ayah yang berhenti smoking demi keluarga tersayang!
#KISAH_3
Sorang lagi ayah mithali.
Bawak anak datang kecemasan.
Umur 1 tahun, batuk dah sebulan on off.
Dah banyak klinik & hospital ayah pegi bawa si anak, doctor hopping.
Dah berapa banyak antibiotik dan ubat anaknya makan.
Masih juga batuk krong krong krong gaya-gaya nak semput😢
Tapi malam je batuk teruk.
Siangnya aktif main macam biasa.
Demam pun takda.
Dr: ayah merokok tak?
Ayah: ehhh saya tak penah merokok dalam rumah Dr!
Dr: masuk rumah lepas merokok pegang anak tak?
Ayah: ada
😔😔😔
Untuk pengetahuan, smoker ni ada 3 jenis:
1. #ACTIVE_SMOKER: perokok
2. #SECOND_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus oleh perokok (dan terpaksa disedut oleh orang sekelilingnya tanpa rela)
3. #THIRD_HAND_SMOKE: Asap rokok yang dihembus akan melekat pada macam-macam permukaan objek.
Contoh: pada pakaian, rambut, kulit, kain langsir, sofa, baju, kusyen kereta, karpet, dan lain-lain tempat.
Walaupun si perokok tak merokok secara “live”, tapi particle asap yang melekat kat sekeliling ni boleh tahan bertahun-tahun.
Bila sedut, racun asap tu tetap beri kesan negatif.
Jadi untuk ayahanda mithali semua:
1. CUBALAH BERHENTI MEROKOK
Ini option yang terbaik.
Pelan-pelan cuba quit smoking.
Get the help and support you need.
Di KK ada klinik berhenti merokok, they will be glad to help.
Selain difatwakan haram, bayangkan setiap particle asap rokok yang disedut oleh orang lain, si perokok terpaksa tanggung dosa sekali.
Kalaulah asap rokok tu hanya membahayakan nyawa sendiri je, mungkin ramai tak kisah.
Tapi sebab ia boleh bunuh nyawa insan lain yang tak berdosa termasuk anak-anak kecil kami, sebab tu kami betul-betul merayu supaya perokok cuba berhenti.
2. CARI TEMPAT YANG ASAP ROKOK TU TAKKAN TERLEPAS MASUK KE PARU-PARU ORANG LAIN
Kalau nak merokok juga, kena cari tempat yang jauh dariborang lain.
Susah nak cari tempat awam yang takda orang kan, dan gas ni pulak sifatnya memenuhi ruang.
Ada ke tempat isolated untuk perokok tanpa kehadiran non-smoker?😅
3. KALAU NAK MEROKOK JUGAK
Kalau suami sayangkan isteri dan anak, benti merokok pilihan utama.
Tapi sementara nak quit, atleast jangan merokok dalam rumah.
Lepas hisap rokok kat luar, pastikan mandi dulu, gosok gigi, kumur mulut pakai antiseptic mouthwash untuk elakkan bau busuk rokok kat mulut, shampoo rambut & sabun badan kasi wangi, dan salin dulu baju seluar semua.
Barulah boleh pegang anak/isteri tanpa sikitpun bau asap rokok.
Sebab zarah asap rokok akan melekat pada mulut, gigi, baju, seluar dan lain-lain.
Saya respek 3 ayah mithali ni.
Risaukan anak sampai banyak yang ayah ikhtiarkan nak cari penawar kesembuhan.
Cuma mungkin ayah tak perasan.
Bukan masalah tak vaccine pneumococcal.
Bukan masalah tak ambik antibiotik.
Bukan masalah ubat tak berkesan.
Bukan masalah klinik tak bagus.
Tapi.
Sakitnya si anak mungkin berpunca dari ayah sendiri😢
Dari asap rokok ayah saban hari.
Dan mungkin, anak kesayangan akan bertambah sihat jika ayah cuba berhenti merokok😊
Kesian kan, baby baru lahir pun dah boleh jadi passive dan third hand smokerðŸ˜
Moga ada antara perokok yang Allah bukak hati untuk slowly berhenti💓
Tak benci perokok,
Cuma benci perbuatan merokok😢
Ramai ke second/third hand smoker kat sini?
Sumber: Dr Hana