loading...

Dilapisi Emas 24 Karat! Beginilah Penthouse Mewah Donald Trump Di New York

Tidak boleh dinafikan Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump salah satu ketua negara di dunia yang memiliki harta yang melimpah. Salah satu aset yang dimiliki adalah rumah mewah di New York dengan harga mencapai US$ 100 juta atau setara RM 400 Juta. Nak tahu bagaimana rupa interiornya?

Memetik dari Arch 20, penthouse ini berada di tengah kota, terletak di Trump Tower, bangunan pencakar langit 58 tingkat. Menara ini juga jadi menempatkan pejabatnya Trump Organization, syarikat perniagaan Donald Trump.

Ada tiga tingkat yang dijadikan sebagai penthouse. Keluarganya boleh menikmati pemandangan seluruh kota tanpa adanya halangan apapun. Rumahnya juga tersambung terus dengan pejabat peribadinya sendiri yang terletak di tingkat 26.

Tiada kata lain yang mampu menggambarkan rumah Donald Trump selain “wow”. Lihat  saja ruangan tengah yang dimuatkan dengan berbagai-bagai perabot mahal, bermula dari kerusi, meja, lampu gantung bahkan lukisan di dinding.

Ornamen berwarna putih dan emas menambah kesan mewah. Hampir semua barang-barang yang menjadi hiasan diperbuat dari emas 24 karat asli!

Rekaannya diadaptasi oleh gaya istana Louis XIV, raja paling lama yang pernah berkuasa di Kerajaan Perancis.

Masuk ke bilik tidur masih disajikan dengan kesan mewah dari warna emas yang seakan-akan tak ada habisnya.

Terdapat sebuah lukisan yang menghiasi siling bilik tidur peribadi Donald Trump bersama isterinya Melania.

Bahagian lantainya ditutupi dengan karpet berbahan dasar bulu halus warna putih.

Untuk menghidangkan makan malam buat tetamunya, disiapkan sebuah ruang makan yang rekaannya memanjang. Ruangan ini cukup untuk menampung sekitar 10 tetamu istimewa Donald Trump.

Mejanya diisi dengan berbagai-bagai macam peralatan makan seperti pinggan dan gelas dengan ukiran yang khas. Setiap sudut tak ada yang kosong kerana dipenuhi dengan lukisan dan barang perhiasan kaca.

Tidak lengkap jika rumah mewah tak memiliki kolam renang. Kerana luas tanah yang terbatas, Trump membuat sebuah kolam renang indoor di dalam rumahnya.

Lebih hebat lagi, ada sebuah tingkap kaca di bahagian samping ruangan yang boleh melihat teruskota New York.

Selain kolam renang ada fasiliti hiburan meja snooker yang boleh digunakan oleh penghuni rumahnya. Rekaan ruangan ini terlihat sangat selesa kerana ada dua buah sofa yang luas buat menunggu giliran bermain.

Kalau bermain golf di lapangan terbuka dan rumput mungkin sudah menjadi hal yang biasa. Namun kali ini agak luar biasa, dalam foto di atas, Barron Trump, anak pertamanya dengan Melania sedang mempamerkan memukul bola golf di dalam rumah.

Nah itulah beberapa penampakan rumah Donald Trump di kawasan New York, Amerika Syarikat, yang nilainya mencecah RM400 Juta. Kagum tak?

Previous
Next Post »
loading...