loading...

Jagalah Isteri Dalam Pantang, Inilah Cara Nak Balas Jasa Isteri Hamil 9 Bulan

Tugas menjaga isteri dalam pantang sebenarnya tugas suami. Suami lah yang perlu menjaga isteri dalam pantang dan bukan melepaskan beban pada ibu dan ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga.

Ibu bapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan. Kalau nak ibu dan ayah jaga, anda perlulah sediakan duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang, duit bil air & elektrik, duit minyak kereta mak ayah, duit extra. Bagi suami yang ingin menjaga isteri dalam pantang, ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Tuan Ariff Ismail yang boleh dijadikan panduan.

Baca Selanjutnya:

Anak Ramai Memang Stress, Penat Lagi-Lagi Kalau Termengandung! Sebab Tu Suami Kena Jadi Supporter No.1

TIPS UNTUK SUAMI

Hari ni kita lari topik sedikit, lepas baca viral ” goreng nugget ” meh saya share tips para suami jaga bini lepas bersalin.

Kaum adam jangan ingat bila bini bersalin kita lepas tangan terus ke mak/mak mertua atau bibik yang jaga. Masa ni lah nak balas jasa bini mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa bersalin.

JOM BACA 5 TIPS JAGA BINI LEPAS BERSALIN

1. MASAKAN MAKANAN PANTANG BINI

Jangan bagi alasan ” aku tak pandai masak bro “. Kau main PS4, Mobile Legend, PUBG terus pandai ke brother.

Kena tahu tak semua sayur dan ikan atau sewaktu dengan nya bini boleh makan lepas bersalin. Kena elak kan sayur yang boleh bagi angin dan sejuk, badan bini tengah lemah lepas beranak.

Antara sayur yang senang korang nak masak adalah sawi dan lobak putih ( ni boleh tolong tambah susu badan).

Lagi satu lepas bersalin tak boleh makan ikan yang gatal or boleh mendatang kan alergik, luka kat dalam bro mana kita nampak. Pilihan ikan yang terbaik adalah salmon dan ikan selar ( tak tahu sila google).

Masakan bersalin kena banyakan halia dan bawang putih bagi badan panas sikit, jangan kau bagi minum ais pulak sebab nak bagi sejuk. Rebus kan kurma cina dan longan kering dan ada satu tu merah kecik kecik tak ingat lah pulak nama ( boleh beli kt kedai ubat cina ) letak gula batu bagi bini minum untuk tambah tenaga dan susu badan.

2. BELAJAR MANDIKAN/SIAPKAN BINI & ANAK

Ni benda paling penting para suami mithali, kau kena mandikan bini dan mandikan baby, kena belajar cara nak mandikan baby sebab baby sangat fragile masa di awal kelahiran. Air tak boleh panas dan sejuk sangat. Kena rasa pakai siku korang kepanasan air untuk mandikan baby.

Masa bini dalam pantang tak boleh pakai baju ketat ketat, kena pakaian longgar dan selesa. Rambut bini kena tolong sikat dan ikat kemas. Kena letak pilis ( betul rasanya bahasa ni ) atas dahi bini, ni tak reti buat boleh beli kat kedai jamu.

If anak lelaki korang kena tuam bebird beliau supaya tak kena angin pasang ( ni pon ada jual ). Bini pon korang kena tungku kan. Tak pandai sila bayar service tukang urut pantang, boleh google je sekarang.

3. TANAM URI

Part ni paling best, sapa mabuk darah boleh pengsan ( kalau beranak kat private hospital diorang dah tolong basuh kan ). Korang kena cuci bersih uri tu dengan air dan garam kasar serta limau supaya hilang bau ( ada yang guna asam jawa) jangan lupa selawat sambil basuh.

Lepas siap basuh semua tu tanam kat tempat yang sesuai dan kedalaman yang sesuai. Pastikan uri tu ditanam sempurna dan tak da haiwan yang korek. Jangan korang kurafat pulak letak pen la pensel la apa la sebab konon konon nanti anak jadi cerdik. Boleh tgok kat utube gak cara nak basuh dan tanam uri baby.

4. JAGA ANAK TENGAH MALAM

Bapa bapa sekalian tolong kesian kan bini, lepas bersalin bini tak ada tenaga, kita lah yang kena jaga malam malam. Tidur dengan anak jangan biarkan bini pulak yang tidur dengan anak ( alasan senang nak bagi susu ).

Kesian bini brother, mengandung dah 9 bulan, beranak lagi sabung nyawa lepas tu kau biar dia yang handle anak. Tak susah pon jaga baby malam malam, buat susu dan tukar lampin. Kalau susu badan masa dia nak susu tu baru hantar kat bini. Bagi bini ruang rehat secukup nya.

Anak kalau menangis biasa nya ada 3 sebab, lampin basah, lapar atau kembung perut. Kena ada ilmu buat susu dan tukar lampin serta cara nak bersihkan baby after tukar lampin. Ilmu perut baby kembung pon kena belajar. Sentiasa kena ada minyak yuyi cap limau .

5. ATUR JADUAL KERJA

Setiap suami mesti ada kerja hakiki (aku dulu ada advantage sebab keje sendiri tapi bukan alasan tak buat kerja). Kena susun atur jadual kerja kita sebab dah ada tangungjawab baru.

Kena pastikan sebelum keluar kerja, dah mandikan bini, mandikan baby, bagi susu dan sediakan makanan untuk bini. Make sure ada orang teman bini jangan biarkan bini sorang sorang.

Ini antara tips yang ada, nanti next posting saya akan share cara nak masak makanan pantang.

Kisah ni adalah pengalaman saya dari kisah kehidupan yang lalu sebagai seorang suami dan bapak kepada affan dzikri.

Sumber: Ariff Ismail

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...