loading...

Bergelut Tumpas Sang Bedal 200kg

 

KOTA SAMARAHAN – Tiga penduduk Kampung Endap di sini terpaksa bergelut selama 45 minit dengan seekor buaya sebelum berjaya menangkap reptilia itu di sungai kampung tersebut kelmarin.

Berbekalkan pengalaman pernah me­lihat cara menangkap reptilia berbahaya itu sebelum ini, mereka bertindak nekad meskipun sedar risiko yang dihadapi berhadapan buaya sepanjang 3.5 meter itu.

Buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram itu berjaya ditangkap kira-kira pukul 10 pagi sebelum dibawa pulang ke kampung tersebut.

Salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali sebagai Reddy berkata, sang bedal itu ditangkap selepas termakan umpan daging ayam yang dipasang pada mata kail di sekitar tebing sungai tersebut.-Kosmo




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...