loading...

Bakal Pengantin Dipatuk Ular

KOTA BHARU – Hasrat seorang petugas agensi kerajaan bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti persekolahan bulan ini terpaksa ditunda selepas jari hantunya cedera dan bertukar hitam selepas dipatuk ular senduk dalam kejadian di Jalan Bayam di sini, 16 Februari lalu.

Lebih malang, jari Mohd Idris Abdul Samad, 28, terpaksa dipotong atas nasihat doktor pakar kerana keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk dan bimbang boleh mengundang maut, lapor Kosmo.

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Idris berkata, kira-kira pukul 3 pagi, dia menerima panggilan kecemasan yang meminta bantuan menangkap seekor ular senduk yang masuk ke sebuah rumah penduduk.

Katanya, dengan pengalaman dan kepakarannya, dia berjaya menangkap reptilia tersebut yang melingkar pada sudut rumah sebelum memasukkanya ke dalam guni.

“Namun, secara tiba-tiba kepala ular terbabit terlepas keluar dan mematuk jari hantunya hingga ia bertukar hitam dan terpaksa dibuang demi ke­selamatannya.

“Akibat patukan tersebut, maj­lis perkahwinan yang dirancang akhir Mac ini terpaksa ditunda ke tarikh lain berikutan tubuhnya masih lemah selain tidak mampu bekerja seperti dahulu,” katanya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...