loading...

Ayda Jebat Gedik Sangat Dalam Video Klip Ala K-Pop?

Nampaknya kali ini nama Ayda Jebat sekali lagi menjadi sebutan apabila terlibat dalam satu klip video bertaraf antarabangsa apabila dikatakan tampil gedik. Namun adakah dakwaaan tersebut benar benar terjadi?

Demi nak dapatkan kepastian, kami bawakan beberapa sebab mengapa klip video ini mungkin akan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warga laman sosial. Tapi tak boleh nak nafikan memang feel macam video klip antarabangsa dah!

Set Penggambaran Yang Realistik

Bila tengok video ini mulanya tak perasan sangat lagi, tapi bila tengok ulang ulang, rasa kagum pun ada dengan kesungguhan dalam menghasilkan klip video ini. Bukan apa, semua peralatan dalam video ini nampak macam real betul. Memang hidup feel yang nak dibawa dalam lagu!

Bukan Kerja Mudah

Melalui ketelitian dalam menghasilkan klip video ni, nampak kesungguhan semua orang. Bukan sahaja dari pemilihan lokasi, malah pemilihan pakaian juga tak nampak macam klip video biasa biasa. Tak percaya? Tengok gambar gambar ni. Nak buat klip video buat main campak campak saja tau!

Ayda Jebat Tak Gedik Pun, Lincah Je

Tak sah kalau Ayda Jebat tak lincah. Tidaklah nampak gedik pun dalam klip video ini cuma dia memang nampak sentiasa aktif dan boleh tahan juga lenggoknya masa menari. Amboi Ayda Jebat, bukan main ya.


Izzue Islam pun apa kurangnya, macam nak tercabut pinggang dia menari tu!

Lirik Catchy!

Lirik Lagu ni memang catchy habis. Kalau selalu pasang dan dengar ni, mesti melekat punya lagi pulak bila sampai lirik, shake shake shake you all, shake shake shake shake. Ha, baca lirik pun dah boleh bayangkan Ayda Jebat dan Izzue Islam shake macam mana,kan?

Sekali Layan Macam Video Klip K-Pop

Perkara paling menarik tengok video klip Aura White ni sebenarnya sebab dapat tengok video yang lain daripada lain. Bukan senang tau nak buat video nampak gempak macam ni. Babak Ayda Jebat menari dengan kayu baseball tu dah macam klip video K-Pop tau!

Jika anda masih tak percaya, jom layan video mereka ini. Awas dengan bunyi telefon awal video tu, ingatkan bunyi telefon kita rupanya bunyi telefon Izzue Islam dan Ayda Jebat.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...