loading...

AS Tempatkan Dron UAS Di Korea Selatan

 

SEOUL – Amerika Syarikat (AS) telah meletakan dron yang dipanggil Dron Gray Eagle Unmanned Aerial Systems (UAS) di Pangkalan Udara Kunsan yang terletak kira-kira 180 kilometer di selatan Seoul baru-baru ini.

Tindakan ini dipercayai susulan selepas beberapa hari melaksanakan pertahanan anti peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di negara ini.

Jurucakap tentera AS di Korea Selatan, Christopher Bush berkata, dron UAS dibawa ke negara ini sebagai sebahagian daripada pelan menempatkan lebih banyak dron bagi membantu melicinkan pergerakan tentera AS.

“UAS telah meningkatkan keupayaan pasukan tentera AS di Korea dan negara sekutunya dalam aktiviti pengawasan dan tinjauan bagi tugas risikan berkaitan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebarang maklumat tambahan berhubung dron berkenaan.

Korea Utara sudah menjalankan dua ujian nuklear dan beberapa lagi ujian senjata sejak awal tahun lalu walaupun berhadapan dengan sekatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini, Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley berkata, Washington sudah mengkaji semua strategi tindakan terhadap Korea Utara dan segala pilihan sudah berada di atas meja. – Reuters/Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...