TAWAU – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya 315 rakyat Korea Utara berada di Malaysia ketika ini dengan kebanyakannya adalah pelajar, peserta Program Malaysia Rumah Keduaku dan pekerja.
Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan rekod Jabatan Imigresen, 2,453 warga negara itu memasuki Malaysia antara tahun 2014 hingga tahun ini dengan 801 orang diberi permit lawatan kerja sementara (PLKS).
“Seramai 193 orang lagi adalah peserta Program Malaysia Rumah Keduaku, 11 pelajar dan 180 orang lagi adalah pekerja perlombongan di Sarawak.
“Bagaimanapun, rekod kita mendapati sekarang hanya tinggal 315 orang saja berada di Malaysia, manakala yang lain sudah kembali ke negara asal, ” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Karnival Jalinan Kasih anjuran Biro Latihan dan Penyelidikan UMNO Kalabakan, di sini, sebentar tadi.
Ahmad Zahid berkata, bagi rakyat Korea Utara yang masih ada di negara ini, kerajaan ada pendekatan tertentu jika mereka terbabit dengan unsur negatif.
“Kita tidak memantau pergerakan mereka secara khusus,” katanya.-BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW