loading...

Lelaki Cina Bidas Sikap Mangsa Banjir Curi Barang Bantuan Kerajaan

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cina membidas tindakan. Mangsa banjir yang didakwa mencuri barang bantuan kerajaan.

 

Ini berikutan tindakan lelaki terbabit memuat naik satu status di laman Facebook miliknya.

 

“Kepada mangsa – mangsa banjir tu, ingatlah setiap barang yang kalian kebas time keluar dari pusat pemindahan tidak halal, makanan tu bolehlah tapi macam tikar, khemah tu, tak moleklah.

 

“Barang kerajaan untuk memberi kemudahan kepada mangsa banjir, bukannya barang yang boleh dibawa balik,” katanya dalam status yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya.

 

Tambah beliau lagi, tindakan mereka tersebut hanya akan menyukarkan semua pihak sekiranya berlaku gelombang kedua.

 

“Kita baru melepasi gelombang pertama banjir, mungkin ada gelombang kedua dan bila kamu kebas fikirkan mangsa gelombang kedua dan mungkn kamu sendiri termasuk dalam golongan itu.

 

“Malulah dengan perangai tangan panjang tu, tuhan nampak apa yang kamu tu,” ujarnya.-SuaratV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...