loading...

Video : Komponen BN Tidak Menentang RUU 355

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, komponen Barisan Nasional (BN) tidak menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

 

Beliau berkata, perkara itu tidak boleh diadili sedemikian, memandangkan ia hanyalah percanggahan pendapat daripada komponen itu sementelah ia masih memerlukan ulasan dan penjelasan lanjut daripada pucuk pimpinan PAS mengenai RUU tersebut.

“Setakat ini tidak ada penentangan daripada komponen (BN). Ia adalah penentangan daripada apa yang mereka faham. Dan ini kita perlu duduk bersama secara dalam BN.

 

“Kita tidak harus membuat keputusan secara emosi dan penentangan sebelum ini adalah kerana itu dilihat sebagai sesuatu yang dibawa oleh pembangkang sedangkan ke hadapan kita tidak tahu lagi bagaimana. Sebab ada kemungkinan bahawa RUU ini akan diambil alih oleh kerajaan kalau ia adalah baik. Ia tidak semestinya kekal sebagai RUU persendirian,”katanya di sidang media di sini, petang tadi.

 

Katanya, bagaimanapun, jika kerajaan ingin melaksanakan RUU tersebut, perlu ada persefahaman bersama.

 

“Jadi kita tak sampai lagi ke tahap itu, jadi kita tidak perlu membuat sebarang pengadilan. Ia masih lagi undang-undang persendirian dan masih lagi tanggungjawab PAS untuk membuat penjelasan dan penjelasan itu mestilah didengar termasuklah dalam Umno.

 

“Kerana kita akan membuat keputusan apabila sampai kepada masanya. Setakat ini kita sudah dapat penjelasan-penjelasan tertentu, ada pihak yang berpuas hati, ada juga beberapaa pihak yang masih belum berpuas hati. Tetapi itu semua tida muktamad ia bergantung kepada perkembangan selanjutnya,”ujarnya.

 

Terdahulu, MCA mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan hubungan antara-etnik.

“Rang undang-udang yang dikemukakan Datuk Seri Hadi Awang adalah RUU persendirian, yang didorong oleh matlamat PAS melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di Kelantan.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...