KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, PAS masih belum menjemput BN hadir ke “roadshow” anjuran PAS berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang bakal diadakan pada 18 Februari ini.
Annuar berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan daripada PAS untuk memberikan kata putus untuk bersama menyertai roadshow tersebut.
“Kami masih belum mennerima sebarang jemputan (daripada PAS) dan parti juga belum membuat sebarang keputusan.
“(Perkara) ni terpuanglah kepada presiden parti untuk membuat sebarang keputusan selepas ini,”katanya pada sidang media di Preimera Hotel, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man didakwa menjemput Parti Pribumi Bersatu (PPBM) ke himpunan solidariti RUU 355 tersebut.
Bagaimanapun, Mukhriz berkata, PPBM belum menerima sebarang jemputan dan tidak boleh mengesahkan penyertaan partinya.
Terdahulu, himpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka membabitkan lebih 200 NGO dan lebih 300,000 peserta dijangka menyertainya.
Tuan Ibrahim memetik sebuah portal sebagai berkata, jemputan turut dihantar kepada semua pihak, termasuk parti serpihannya Amanah dan seterunya DAP yang menentang RUU 355.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS tidak dibenar mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.
Katanya, Padang Merbok juga dilarang, tetapi memberi lampu hijau kepada parti itu menggunakan Stadium Titiwangsa, di mana Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya yang dizalimi Myanmar diadakan baru-baru ini.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW