Sebelum ini terkeluar khabar angin di ruangan gosip sebuah akhbar tempatan mengenai pergolakan rumahtangga Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel. Mengakui dia dan suami masih bahagia, Wawa menafikan dakwaan tersebut sama sekali.
BACA: Wawa Zainal Nafi Rumah Tangga Bergolak
“Adat rumah tangga gaduh-gaduh manja itu biasa. Tapi tidaklah sampai mahu bercerai. Saya dan suami sentiasa berdoa semoga perkahwinan ini kekal berpanjangan. Saya terharu apabila ramai mendoakan kami apabila isu ini timbul”
“Harap peminat juga doakan yang baik-baik buat kami,” jelasnya kepada Harian Metro. Malah dalam masa yang sama Wawa turut menyeru agar peminat tidak mudah membuat kesimpulan hanya dengan membaca tajuk tajuk artikel di laman sosial.
Smentara itu, Wawa juga turut menafikan bahawa dia merajuk kerana cemburu melihat lakonan suaminya bersama Ummi Nazeera dalam sebuah drama yang ditayangkan di televisyen baru baru ini.
“Saya pun tak faham macam mana isu ini boleh timbul. Kalau saya cemburu, dari awal lagi saya tidak membenarkan suami berlakon dengan orang lain. Mengenai percutian ke Korea yang kononnya dia mahu memujuk saya, itu pun tak betul. Kalau nak tahu, percutian itu sudah lama dirancang. Malah ia tidak ada kaitan langsung dengan istu itu,” katanya lagi. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW