KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa sendiri dengan mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu sebagai satu bentuk rasuah.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, fatwa berkaitan pemberian bantuan kerajaan itu hanya boleh dibuat oleh mereka yang berkelayakan dalam hukum agama.
“Kalau nak bagi fatwa, bukan Tun Mahathir yang sepatutnya bagi fatwa, tetapi itu saya tidak mahu komen lebih
“Sebab saya rasa ada banyak sangat komen dari Tun Mahathir, jadi biarlah beliau dengan komen-komennya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu membuat dakwaan apabila menyamakan pemberian BR1M dengan rasuah ketika berucap dalam program ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Hidup Bukan Perlumbaan, Fokus Pada Diri Sendiri ...

Jumpa Geely Cityray Di Hangzhou, Calon Pengganti X ...

Khaled Anggap Pas Belum Move On Dari Dap Memb ...

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah ...