loading...

Iran Sedia Anjur Program Promosi Budaya Malaysia Di Tehran

KUALA LUMPUR – Iran bersedia menjadi tuan rumah bagi acara mempromosikan kebudayaan Malaysia di Tehran sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

 

Duta Iran ke Malaysia Marzieh Afkham berkata acara berkenaan yang turut dirancang untuk diadakan di bandar-bandar lain, akan memperkenalkan artis Malaysia dan pencinta budaya agar rakyat Iran dapat mengenali kebudayaan Malaysia.

 

“Adalah mungkin untuk rakyat Iran terus mengenali kebudayaan negara Malaysia serta pencapaian saintifik, pendidikan dan ekonominya,” katanya pada perasmian Hari Kebudayaan Iran di sini hari ini.

 

Acara itu diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula hari ini hingga Khamis. Turut hadir Ketua Pengarah PNM Nafisah Ahmad.

 

Mengenai sambutan hari kebudayaan itu, Marzieh berkata pameran dan program lain pada acara berkenaan merupakan usaha untuk rakyat Malaysia dan negara lain mengenali budaya, seni dan tamadun Iran.

 

Sementara itu, Nafisah berkata sehingga kini, terdapat 596 item mengenai subjek berkaitan Iran terdapat dalam koleksi PNM.

 

“Koleksi Iran itu terdapat dalam pelbagai format termasuk 414 buku, 136 prosiding dan indeks, 23 artikel jurnal, lapan rakaman video, enam peta, enam terbitan bersiri serta masing-masing satu muzik, fail komputer dan rakaman bunyi,” katanya.

 

Beliau berharap lebih banyak buku dan barangan berkaitan dengan Iran akan ditambah ke dalam koleksi perpustakaan itu menerusi pemberian hadiah dan program pertukaran.-Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...