loading...

PPBM Dicabar Isytihar Akan Henti BR1M Jika Pakatan Harapan Menang PRU14

KUALA LUMPUR – Selepas mengatakan BR1M sebagai dedak, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat satu lagi kejutan melalui kenyataannya yang dipetik portal Malaysiakini semalam bahawa BR1M adalah rasuah dan salah dari segi undang-undang untuk rakyat menerimanya.

 

Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sungguhpun anak beliau yang mempunyai koleksi kereta mewah bernilai lebih RM38 juta dan tersenarai sebagai antara Melayu terkaya di Malaysia selepas Syed Mokhtar Al Bukhari tidak memerlukan bantuan BR1M, Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup.

 

Berikut adalah kenyataan media penuh beliau:

 

Bukan semua rakyat bernasib baik, dilahirkan sebagai anak Perdana Menteri atau boleh menggunakan alamat Sri Perdana sebagai alamat surat menyurat serta menjadi Ahli Lembaga Pengarah sekitar 100 syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

 

Mahathir mengatakan ketika pemerintahan beliau, beliau tidak beri duit tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan kepada rakyat. Memang beliau tidak berikan duit kepada rakyat, duit hasil kutipan cukai yang rakyat bayar telah digunakan untuk melaksanakan projek-projek yang sebahagian besarnya disertai oleh kroni dan sanak saudaranya.

 

Mokhzani dan Mirzan bukan cucu seorang hartawan yang boleh menjadikan mereka kaya raya seperti sekarang. Sudah bukan rahsia lagi apa yang Mokhzani dapat semasa menguasai Tongkah Holding dan syarikat-syarikat lain.

 

Kontrak yang Sapura Kencana perolehi dari Petronaspun berbillion nilainya. Itu belum kira duit Petronas yang terkorban bagi menyelamatkan syarikat perkapalan adiknya Mirzan, sehingga Anwar terpaksa dikorbankan kerana tidak bersetuju dengan cadangan menyelamatkan Mirzan. Tun Hanif sudahpun melaporkan kepada Mahathir tentang tabiat luar tabie Anwar sejak 1993, namun Mahathir tetap melindungi ‘Blue Eye boy’ beliau itu sehingga Anwar enggan menyelamatkan Mirzan.

 

Nasib yang sama menimpa Najib bila Najib gagal menyelamatkan Mukriz untuk mendapat kerusi Naib Presiden.

 

Betul, zaman Mahathir, beliau bina jalan dan bukan bagi BR1M kepada rakyat. Tapi lupakah Mahathir, dasar penswastaan beliau telah mengakibatkan lebuhraya utara selatan yang selama ini didirikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan menggunakan dana kerajaan telah diswastakan kepada kroninya dan rakyat terpaksa menanggung kesan perjanjian konsesi tol yang hanya menguntungkan kroninya.

 

Nasib baik Najib menyelamatkan keadaan dengan pengambilalihan 51 peratus saham PLUS oleh Khazanah dan 49 peratus oleh KWSP. Kalaupun Kerajaan terpaksa bayar pampasan untuk menghentikan kenaikan tol, bukan kroni Mahathir yang dapat tapi Kerajaan dan Pencarum KWSP yang dapat.

 

Yang peliknya, walaupun Najib bagi BR1M, dia masih boleh bina Lebuhraya Pan Borneo tanpa perlu mengutip satu sen tol pun.

 

Apa yang menyebabkan Mahathir terlalu berang dengan Najib ialah sistem pemerintahannya yang mendahulukan rakyat berbanding kroni. Kini kita amat sukar untuk melihat syarikat-syarikat besar secara konsisten diberikan kontrak Mega berulang kali.

 

Malah, monopoli IPP selama lebih 21 tahun oleh kroni Mahathir sudah terhenti sebahagiannya.  Subsidi pukal yang selama ini menguntungkan saudagar kini sudah melakui proses rasionalisasi.

 

Kini kita sudah tidak lagi melihat subsidi gula dinikmati oleh kilang-kilang produk makanan dan minuman yang menerima subsidi untuk beribu kilogram gula yang mereka gunakan setiap hari.

 

Kini kita tidak lagi melihat duit pembayar cukai dihabiskan untuk subsidi 70 peratus golongan berada yang menggunakan Ron 95 dan Diesel, berbanding hanya 30 peratus dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah.  Kini juga, kita boleh lihat ketirisan yang berlaku akibat subsidi pukal sebelum ini telah banyak dapat kita kurangkan melalui subsidi yang lebih mensasar.

 

BR1M adalah salah satu subsidi yang paling berkesan dan menyeluruh.  Rakyat yang berpendapatan isi rumah bawah RM4,000 ada di mana-mana, baik di bandar, di kampung, malah dihutan seperti rakan-rakan orang asli kita. Tiada lagi golongan yang memerlukan dibiarkan terpinggir.

 

Setidak-tidaknya kita yakin duit pembayar cukai tidak lagi digunakan untuk subsidi warga Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh, Nepal, Myanmar dan lain-lain melalui subsidi Ron 95, diesel, gula dan sebagainya. Bila tiada subsidi, keghairahan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyeludup barangan bersubsidi ini juga akan berkurangan secara tidak langsung.

 

BR1M adalah jaringan keselamatan sosial rakyat yang mempu menyumbang kepada kecairan dipasaran. Hampir kesemua penerima BR1M membelanjakan duit tersebut kerana mereka bukanlah dari golongan yang mampu menabung seperti anak-anak kroni Mahathir.

 

Jika wang tersebut dibelanjakan untuk membeli sayur, ianya akan merangsang pertumbuhan sektor pertanian. Jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan. Begitulah seterusnya. Ianya sama seperti pakej rancangan ekonomi yang Mahathir umumkan selepas beliau memecat Anwar tahun 1998.

 

Cuma bezanya Najib bagi secara langsung kepada rakyat, tetapi Mahathir bagi kepada syarikat-syarikat besar dengan harapan pekerja syarikat itu akan merasai nikmatnya dan kerajaan masih dapat memungut cukai.

 

Persoalannya, berapa peratus yang benar-benar sampai kepada rakyat dan berapa peratus yang dinikmati oleh kroni?

 

Hari ini, langkah Malaysia memperkenalkan BR1M telah diiktiraf dunia dan United Kingdom serta Thailand turut mengumumkan akan melakukan perkara yang sama. Jika Mahathir benar-benar menganggap BR1M itu rasuah, apa kejadahnya pula parti beliau, PPBM mengambil kesempatan menggalakkan orang mendaftar sebagai penerima BR1M di laman sesawang PPBM?

 

Saya mencabar Mahathir membuat pengumuman rasmi bahawa BR1M akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Dan jangan lupa nyatakan perkara yang sama kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bahawa pemberian tunai kepada rakyat adalah rasuah, kerana Saudi bukan hanya akan melaksanakan GST mengikut acuan Malaysia tahun hadapan, tetapi mereka juga akan memulakan pemberian tunai seperti BR1M.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...