BAITULMAQDIS – Israel mungkin mempercepatkan rancangan membina beribu-ribu lagi penempatan haram baharu di kawasan timur Baitulmaqdis yang dijajahnya, minggu ini.
Perkembangan itu memperjelaskan sikap degil Zionis menyanggah resolusi luar jangkaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut aktiviti sedemikian dihentikan.
UNSC dalam resolusinya Jumaat lalu menuntut pembinaan penempatan Yahudi di dalam wilayah Palestin dihentikan.
Resolusi itu diluluskan selepas Amerika Syarikat memutuskan untuk berkecuali berbanding kebiasaan menggunakan kuasa veto menolak sebarang resolusi terhadap
Keputusan AS itu menyebabkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan berjanji tidak akan mematuhi resolusi itu.
Menurut sebuah NGO, jawatankuasa perancang bandar Israel sedang berbincang untuk meluluskan permit pembinaan 618 unit kediaman lagi di timur bandar raya itu minggu ini.
Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis, Meir Turjeman yang turut mengetuai jawatankuasa itu dilaporkan pernah menyuarakan rancangan pembinaan keseluruhan 5,600 unit kediaman di kawasan jajahan itu. – AFP/BH
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Gwm Malaysia Buka Tempahan Tank 500, Anggaran Harg ...

Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu Repost Foto Lucah Di ...

Umie Aida: Biodata, Kerjaya Seni, Pencapaian, Kehi ...

Sony Umum Kenaikan Harga Playstation 5 Di Empat Pa ...