KUALA LUMPUR – Penyanyi dan bintang pop British, George Michael, 53, dilaporkan meninggal dunia pada Ahad di rumahnya di England.
Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap publisitinya dalam satu kenyataan hari ini.
Michael meninggal dunia di kediamannya di Oxfordshire sekitar jam 1.42 pagi waktu tempatan, pada 25 Disember, hari sambutan Krismas.
Bagaimanapun, tiada kenyataan menjelaskan punca kematian penyanyi yang memiliki nama asal Georgios Kyriacos Panayiotou itu.
Beliau memulakan kariernya sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.
Antara lagu popular yang melonjakkan namanya, termasuk Wake Me Up Before You Go Go, Careless Whisper, Young Guns dan Freedom.-Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW