KUALA LUMPUR – Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 38 melahirkan rasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat II.
Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard melalui akaun Facebook berkata mereka telah membuat keputusan untuk berhenti meneruskan gerakan bagi mendesak pembebasan Anwar.
“… kes anwar (merupakan) kes politik (dan) saya dah usaha sampai ke satu tahap (hinggakan) saya sendiri tak sangka saya mampu sampai (ke tahap ini).
“Tapi malangnya PKR termasuk keluarga Anwar sendiri buat keputusan untuk jangan keluarkan Anwar dahulu dan biarkan dia di dalam,” katanya memetik kenyataan tersebut sebentar tadi.
Menurut Chegubard lagi dirinya pada ketika ini masih belum bersedia untuk mendedahkan butiran lanjut mengenai keputusan tersebut.
“Dia (seorang kenalan) tanya lagi apa maksud aku (berkata demikian) aku cuma jawab tak apalah biar aku kemam (pendam) buat masa ni.
“Bukan apa, sebab benda (isu ini) berangkai, bimbang keluar satu (akan) keluar semua,” ujarnya lagi.
Anwar, 69, disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pada 7 Mac 2014, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya pada 9 Januari 2012. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW