KUALA LUMPUR – Sejak awal tahun ini, fenomena turunnya salji di negara Arab Saudi menggemparkan penduduk dan pengunjung di bumi anbia’.
Perkongsian video hujan salji di desa taif kira yang kira-kira 40 kilometer dari daerah Jeddah, Arab Saudi didakwa satu lagi fenomena luar biasa dan telah diviralkan sejak sehari lalu.
Rata-rata netizen menyifatkan ia satu fenomena luar biasa yang jarang berlaku di negara gurun dan beriklim panas itu.
Terdahulu, saban tahun salji turun di benua arab seperti di Jordan, Palestin dan Syria.
Dua tahun lalu, di kawasan benua Afrika iaitu di Mesir yang juga merupakan sebuah negara yang beriklim panas, turut dituruni salji buat kali pertama dalam tempoh 112 tahun.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW