loading...

Mahathir Mahu Mukhriz Jadi PM, Pilih Lim Kit Siang Sebagai TPM

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang didakwa telah mencapai kata sepakat memilih Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 

Memetik laporan Utusan hari ini, menurut perjanjian itu juga, Dr Mahathir dilaporkan bersetuju dengan cadangan melantik Lim Kit Siang ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang mendedahkan perkara tersebut berkata pakatan sulit Dr Mahathir dan Lim Kit Siang itu dicapai pada 3 Disember lalu.

 

Katanya lagi, kenyataan Kit Siang yang sebelum ini menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisi dua jawatan berkenaan sebenarnya hanyalah gimik politik.

 

“Ini kerana Kit Siang percaya pakatan pembangkang tidak akan memperoleh sokongan pengundi Melayu jika perancangan untuk beliau menjadi timbalan perdana menteri itu terdedah.

 

“Sebagai pemimpin yang pernah berada dalam barisan kepemimpin DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan saya tahu perancangan sebenar mereka,” kata Tunku Aziz.

 

Isu siapa calon Perdana Menteri dari pakatan pembangkang hangat diperkatakan apabila Pakatan Harapan (PH) bercanggah pendirian dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menamakan individu yang layak mengisi jawatan tersebut.

 

PH yang menggabungkan kerjasama DAP, PKR dan PAN tetap komited mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala PPBM mahu presidennya sebagai PM.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...