HONOLULU – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, beliau pasti akan memenangi sokongan rakyat AS sekiranya menjadi lawan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden untuk penggal ketiga.
“Tidak mungkin!” balas Trump melalui kenyataan di Twitter, malah, beliau menganggap Obama sebaliknya merupakan liabiliti kepada negara.
Kata Trump, rakyat AS tidak menyokong Obama kerana gagal menghalang syarikat-syarikat tempatan daripada memindahkan operasi ke luar negara dan juga lemah dalam kempen menentang militan Daesh.
Perlembagaan negara menghalang Presiden AS memerintah untuk penggal ketiga, namun, Obama
“Saya yakin jika saya diberi peluang memerintah buat kali ketiga, saya mampu menggerakkan majoriti rakyat AS untuk berdiri teguh di belakang saya,” kata Obama.
Trump daripada Parti Republikan akan mengambil alih jawatan Presiden AS daripada Obama pada 20 Januari depan. Beliau menewaskan Hillary Clinton daripada Parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden AS pada 8 November lalu dengan janji untuk membersihkan Washington daripada gejala rasuah. – Reuters/Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Projek Ceti: Memahami Bahasa Paus Sperma Dengan Te ...

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaj ...

Tak Ramai Tahu Nama Saya.. Lee Kwangsoo Kongsi ...

Takbir Pertama (tv2) ...