loading...

Sony Music Minta Maaf Berita Britney Spears Meninggal Dunia

Semalam, dunia hiburan Hollywood digemparkan dengan berita kematian bintang Pop Britney Spears. Bagaimanapun berita yang tersiar di laman sosial Twitter Sony Music Entertainment itu ternyata palsu.

 

Tweet tersebut menyebutkan, “Britney Spears meninggal akibat kemalangan! Kami akan memberitahu selanjutnya, nanti.”

 

Kapsyen itu mendapat pelbagai reaksi netizen sehinggakan wujudnya hashtag #RIPBritney sekaligus menjadi topik trending.

 

Tidak sampai beberapa jam, penggodam menggodam pula akaun milik Bob Dylan yang menyebut, penghibur veteran tersohor itu seolah-olah mengucapkan belasungkawanya atas kematian Britney.

 

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Adam Leber yang merupakan pengurus Britney menyangkal semua berita itu.

 

“Saya menjangkakan akaun mereka telah digodam,” katanya.

 

“Saya belum membuat kenyataan kepada sesiapa pun tetapi saya yakin akaun mereka digodam. Britney berada dalam keadaan baik,” tegasnya.

 

Kapsyen tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan oleh Sony Music. Label muzik antarabangsa itu juga memohon maaf atas apa yang berlaku.

 

“Akaun Twitter Sony Music Entertainment digodam. Kini ia telah pun dikemaskini semula, Sony Music meminta maaf kepada Britney Spears serta peminat atas kekeliruan ini,” kata wakil label muzik tersebut.-MD



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...