Tiada yang lebih mengecewakan dari barangan idaman yang kita beli rosak di luar waktu waranti yang ditetapkan. Bak disangka panas sampai ke petang, hujan pula di tengahari.
Anda tidak perlu risau lagi kerana Senheng kini menawarkan program pertukaran 1:1 (1 to 1 Replacement Program) dengan hanya RM1 apabila anda berbelanja keperluan rumah anda.
Serius kami tidak tipu, memang anda hanya perlu bayar RM1 untuk menikmati pertukaran 1:1 jika barangan keperluan bersaiz kecil (small appliances) anda rosak atau berhenti berfungsi dalam masa dua tahun dari tarikh pembelian.
Anda akan menerima barangan baru sebagai ganti tanpa banyak soal. Memang menarik bukan tawaran mereka. Semua ini anda boleh nikmati pada setiap 1 haribulan setiap bulan bermula 1 Disember 2016 yang lalu.
Apa yang anda perlu buat mudah sahaja, kunjungi showroom Senheng yang terdekat pada 1 haribulan dan beli small appliances dan anda akan menikmati waranti tambahan selama DUA tahun daripada Senheng. Warranty Day ini hanya boleh didapatkan pada 1 haribulan pada setiap bulan.
Jika anda menambah RM1, anda layak menikmati kelebihan 1 to 1 Replacement Program yang pastinya membebaskan anda dari keluh kesah dan kerisauan jika barangan yang anda beli mula buat hal dalam masa dua tahun tersebut.
Apa contoh barangan keperluan rumah kecil (small appliances) yang kami maksudkan? Rujuk galeri dibawah untuk melihat sebahagian dari barangan yang ditawarkan Senheng.
Yang paling penting, anda haruslah menjadi salah seorang ahli PlusOne Senheng sebelum layak untuk menikmati semua tawaran hebat yang kami sebut di atas.
Jom ramai ramai kita ke Senheng pada 1 haribulan ini untuk bawa pulang keperluan rumah idaman tanpa perlu risau waranti yang berbelit, hanya RM1 untuk tukar ganti barangan rosak anda kepada yang baru. Apa pun, ia tertakluk pada terma dan syarat. Jumpa anda di sana!
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW