KUALA LUMPUR- Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada alat sulitnya seumur hidup setelah kepala bahagian tersebut terpotong ketika dia menjalani proses berkhatan menggunakan kaedah laser.
Dalam kejadian pada jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun itu dibawa oleh bapanya untuk berkahatan di sebuah klinik di Cheras.
Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.
Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur.
Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW